Resepi

Puding Karamel versi Mama Jue...

12:22 PM

Bahan-bahan :-
  • 3 sudu besar gula - untuk karamel
  • 2 peket serbuk jelly @ agar-agar - saya guna 1 peket yg 7 gm
  • 800 ml air
  • 4 sudu besar gula -ikut suka puan2 yer..
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu teh esen vanilla
Cara-caranya :-

  1. Letak gula dalam loyang acuan dan hanguskan atas api kecil
  2. Masukkan serbuk jelly dan air ke dalam periuk dan masak sehingga cair dan masukkan gula serta kacaukan hingga sebati.
  3. Satukan susu cair, esen vanilla & tepung kastard kacau rata dan masukkan ke dalam air jelly tadi dan didihkan sebentar dan sambil kacau hingga sebati.
  4. Tuang ke dalam loyang acuan tadi dan sejukkan di dalam suhu bilik, lepas itu masukkan ke dalam peti ais.
  5. Apabila keras baru terbalikkan...

Selamat Mencuba....


/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook