Resepi

Kek Coklat Moist.

11:18 AM

Malam marin aku ada buat kek coklat moist.. Qebal suka sungguh makan kek coklat ni.. Ntah la apa sedap.. mama pun ketagih makan.. kuikuikui...(camner tak debok kan :p) Kek aku buat ni versi bakar.. pernah la try kukuih.. ishh tak sedap bagi aku.. maybe tekak orang lain suka yang kukuih kan.. orang kata lagi moist.. tapi bagi tekak aku suka yang bakar.. Ni pun dah cukup moist... :)

Kek coklat moist.. Jom la order.. erkkk ada ker orang nak beli?? :p

Kek Coklat Moist 

 Bahan A 
* 1/2 cup serbuk koko
* 1 cup tepung gandum
* 1/2 sk baking powder
* 1/2 sk soda bikarbonat
(Satukan dan ayak & gaul sebati)

 Bahan B 
* 2 biji telur
* 1 cup gula (aku guna 1/2 cup + 1/3 cup gula perang)
* 1/2 cup minyak masak
* 1/2 cup susu pekat
* 3/4 cup air panas
* 1 sb esen vanilla

 Cara2nya 
* Untuk bahan B. Putar telor, gula & esen vanilla sehingga kembang
* Masukkan minyak, susu pekat & putar sebati
* Masukkan bahan A, Putar sebati jugak & last sekali baru la masukkan air panas just di kaup balik kan dengan spatula/senduk kayu sahaja
* bakar pada suhu 180'c dalam masa 50 minit (make sure u all panaskan dulu oven yer..)
# depend pada oven u all yer tahap kek u all masak... bagi aku 45 minit dah cukup... kang kalo 50 minit bagi aku dah merekah kat permukaan kek tu.. Nak tahu masak senang jer cucuk kek tu dgn lidi.. kalo licin tu masak la..)

 Coklat ganache 
* 1 Keping coklat masak
* 50 ml susu cair (kalau nak guna whipping cream pun boleh tapi susu cair jer pun dah sedap)

 Cara2nya 
*masuk coklat & susu cair dalam mangkuk kacau whisk sehingga sebati secara double boil.
 Topping la coklat ganache ke atas kek dan taburkan coklat rice or deco la dgn kretiviti anda tersendiri.. Makan sejuk lagi sedap...

Selamat Mencuba

MamaJue & PapaMimi Story
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook