Resepi

Muffin Banana Coklat Rice

9:11 AM

Muffin Banana Coklat Rice

Bahan-bahan:
  • 1 3/4 cup tepung gandum
  • 2/3 cup gula halus
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh soda bikabornat
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 biji telur
  • 1/2 cup minyak masak
  • 1/2 cup yogurt plain
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 cup pisang lenyek
  • 1/2 cup coklat rice
Cara-cara:
  1. Di dalam mangkuk yang besar, ayakkan tepung, serbuk penaik, soda bikabornat dan garam. Masukkan gula dan kacau menggunakan whisk.
  2. Di dalam mangkuk yang lain, satukan telur, minyak masak, yugort plain dan esen vanilla.
  3. Tuangkan bancukan telur ke dalam bahan kering dan gaulkan sekejap.
  4. Menggunakan whisk. Bancuhan akan kelihatan berketul-ketul.
  5. Masukkan pisang lenyek dan coklat rice. Kacau sebentar saja
  6. Sudukan 3/4 ke dalam acuan muffin kesukaan korang.
  7. Bakar di dalam ketuhar yang dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170'c selama 15 hingga 20 minit atau sehingga masak.

Ini versi aku.. hampir penuh aku isi.. hahahha

Sekali masak erkk awat tak naik bukit comei daaa... 

MamaJue & PapaMimi Story
/>

You Might Also Like

4 Comments

Like us on Facebook