Trip to PD

1:50 PM

Trip To PD

17 October 2013

Hari ke 2 bangun jer pagi, kaki betis semua sakit.. huwaaa sob sob sob.. tak syoknya jalan.. bangun pun malas.. dah sedap tido dalam econ pehtu katil plak hempuk kan.. khokhokho.. bangun pagi tu sesiap mandi turun g breakfast kat cafe hotel.. kekdahnya dapat voucher percuma untuk makan free.. apalagi dah jimatkan.. bagus hotel ni.. tapi takder la makanan pagi nya mewah.. berbaloi la apa yang kami bayarkan.. ewah2 nak lebih2 bayar pun lebih la.. :p kami makan nasi lemak, mee goreng, bubur nasi & roti bakar.. makan pagi ker apa ni.. lepas makan terus naik bilik dan sambung lena balik.. hahahhaa.. bangun jam 10.45 pagi sesiap kemas2 nak check out.. 

Check out kul 12.00 tengahari kami terus keluar dari bandar Melaka... InsyaAllah kami datang lagi.. nak bawak Qebal pulak nanti.. aku set GPS terus ke PD.. hehh ke PD pun tak tahu.. memang kami buta jalan.. ngeeee.. 1 jam 30 minit kami sampai ke PD... tapi kami singgah di Muzium Tentera Darat a.k.a tentera mat terap.. dah la panas lit lit weh.. tengahari rembang.. memang tak tahan la panas.. sampai kena guna payung wokeh.. fuhh tu pun dah berpeluh tang muka.. cett spoil jer nak snap pix kan.. 

Muzium Tentera Darat.. Pix papa & Qeram la banyak.. 

Besaq2 woo kenderaan tentera ni.. 

See pencahayaan membuatkan gambar tu lagi cantik.. podah...

Ada la pix sekeping gambar bertiga.. tu pun aku set kan atas tembok.. rasa nak beli tripod jer dah ni...

Hampir setengah jam jer kat situ.. aku dah ajak en papa jom balik.. panaih weh.. sian Qeram kang demam haru tau.. panas sungguh time tu.. siap jumpa tokei pak Arab kat restoran bawah opis aku tu.. dia bawak staff dia jalan2 sini.. hahahah... Kami decide terus ke Cozzi Hotel.. Nak citer skit bab hotel ni.. hotel ni aku pilih kat asiarooms.com yang hotel Prima tu aku ambik kat booking.com.. ok antara 2 ni aku suka hotel Prima lagi.. dan Hotel Cozzi ni.. hukhukhuk rasa lepas check in tu terus rasa nak check out ok!!! jauh beza 2 hotel ni.. Hotel Cozzi ni di Pantai Teluk Kemang.. memang tempat strategic la.. belakang hotel tu dah pantai.. tapi yang tak bestnya keadaan dalam hotel.. so sad.. agak tidak bersih la.. sabar2.. dah nama hotel bajet kan.. datang sini nak rehat & nak jalan tepi pantai ambik angin dan tak fikir masalah keje.. tapi ini plak jadinya.. sabar2.. kalo nak best g la Lexis.. :p cissss.. itu dalam angan2 lagi lah.. tunggu eden kaya melana baru pergi sana... 

Lepas check in keluar pergi makan.. takder apa la time petang2 macam ni.. dengan hangat meleting kat sana.. duk tunggu redup baru nak menjelajah tepi pantai.. Dalam pukul 4 petang macam tu, kami dah keluar melepak di kolam mandi.. hahh aku tak mandi la rendam kaki jer.. aku tengok Qeram & en papa jer mandi.. pehtu pergi tepi pantai pun aku tak mandi.. tak kuasa aku.. ayaq masin kan bleh gatal kaki ok.. 

Snap Pix @ PD

Mood nak snap dah takder.. dtg nak berehat jer ni.. 

18 October 2013

Esoknya bangun kemas mandi & siap2 terus check out hotel.. awal ok.. dalam kul 10 macam tu.. terus kami pergi Sepang & Nilai.. G cuci2 mata tengok kain & carpet kat sana.. pehtu terbeli la carpet alas kaki untuk dapur aku.. beli yang tu jer.. tapi idaman kalbu carpet kaler merah besaq tu.. tunggu la en papa kata.. ehh dia yang over ok.. :p.. lepas cuci mata terus balik umah.. apa lagi laundry baju lah.. pehtu pakat terbongkang letih.. hahahah cuti 3 hari 2 malam kekdahnya kan.. (*___________*)

Lepas ni tak tahu nak pergi mana.. tunggu Iqbal balik dulu..ingat nak bawak dia g Lost World Of Tambun.. kena planning betul2 dulu ni.. hehehhe rindunya dengan Qebal... 

MamaJue & PapaMimi Story
/>

You Might Also Like

1 Comments

  1. Beriye berpayung tu Jue panas sgt ke.. bdk lelaki memang sukalah kenderaan askar ni ;-)

    ReplyDelete

Like us on Facebook