Resepi

Bubur Asyura

2:00 PM

Bubur Asyura ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura. Bubur asyura ni berbeza bagi setiap negeri.. Macam negeri aku Kedah bubur asyura manis. Kalau negeri lain macam Johor setahu aku bubur asyura macam bubur nasi or bubur lambuk tu.. ok sangat berbeza.. heheheh... 


Resepi Bubur Asyura

Bahan-bahannya :
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 1/2 cawan santan campur garam
  • gula pasir ikut manis
  • gula merah untuk mewarnakannya
  • 1 batang jagung
  • sesikat pisang dipotong serong
  • 1 biji keledek didadukan dan rebus 1/2 masak
  • 1/2 cawan kacang hijau direbus sehingga hempuk
  • 5 sudu besar sagu putih
  • dan lain2 bahan yang anda suka
Cara-caranya :
  1. Campurkan tepung, gula dan santan & kacau hingga sebati
  2. Panaskan dengan api perlahan
  3. Setelah mendidih masukkan kesemua bahan-bahan tadi
  4. Kacau sehingga pekat dan rasa manisnya. Kalau keras tambah sedikit santan
  5. Angkat dan tuangkan ke dalam loyang, sejukkan dan potong
Selamat Mencuba

# Kempunan nak makan bubur asyura dah lega.. heheheh tapi macam tak jadi jer.. kohkohkoh.. bedasah la.. asalkan rasa lebih kurang sudah!!!

MamaJue & PapaMimi Story
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook