Resepi

Resepi Asam Pedas Ikan Kembung

2:00 PM

Resepi Asam Pedas Ikan Kembung


Bahan-bahan :
  • Ikan kembung - nak letak ikan lain bleh, pari ker, merah ker..
  • 7 batang kacang bendi
  • Semangkuk air asam jawa
  • Secekak daun kesum
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan kisar :
  • Cili Blender
  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 3/4 inci kunyit hidup - ini aku letak serbuk kunyit jer.. sebab takder kunyit hidup
  • 1/2 inci belacan
  • 1/2 camca besar lada hitam
Cara-caranya :
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar sehingga harum sehingga terbit minyak. Setelah itu masukkan air asam jawa. Kacau dan biarkan mendidih.
  2. Masukkan ikan, bendi dan masak sehingga bendi lembut. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Jika pekat tambahkan air ikut kepekatan yang anda suka yer. Boleh dihidangkan bersama nasi putih dan lauk-lauk lain... 
Senangkan... so sapa yang tak reti masak boleh jer buat.. (^____^)

MamaJue & PapaMimi Story
/>

You Might Also Like

3 Comments

  1. rajin!! i ehehhehe rajin kelaut.. agaggagaga...

    ReplyDelete
  2. ok lah Jue..kita tukar ikan kembung pula kan...selalunya ana masak ikan tenggiri atau ikan keli je asam pedas ni...salam kenal..

    ReplyDelete

Like us on Facebook