Resepi

Lepat Pisang

8:15 AM

Dah banyak hari teringin nak giler nak makan lepat pisang.. nak harap tok buat makan tahun la nak balik Kedah.. sob sob sob.. so kemarin aku whatsapp mama tanya tepung apa guna.. terus aku cuba buat.. ohh pestime beb buat lepat pisang ni.. siap suruh en papa pergi beli daun pisang.. 1 pelepah daun pisang 80 sen tau.. ok duk bandar boleh buat duit.. hohoho kalo duk kampung leh jer ambik belakang umah.. memula en papa nak masuk jer kebun pisang orang.. uittt banyak la.. g jer beli kat mydin ada punya.. memula tu aku buat aku malas nak layoq daun pisang.. orang kl kata apa ekk layoq ni.. ala bakaq daun pisang bagi kasi lembut.. sekali aku nak melipat daun pisang ni prap patah.. hahh tak boleh jadi kena layoq dulu.. heheheh..

Kukus pertama memang besaq2.. alamak kena balut kecik2.. hahh aku kukuih lepat pisang ni dalam steam it tupperware jer.. malas weh nak bawak keluaq tempat pengukuih besaq tu.. nasib ada steam it.. senang.. so korang beli la steam it ni.. macam2 boleh kukuih tau.. Ohh lupa kalo diet atkins ni tak leh makan carbo.. kan tepung tu carbo.. tapi aku dah cheated.. alaa tepung jer.. bukan nasi kan.. muahahahha

Bahan-bahannya :
* Daun pisang yang dilayur atas api
* 15 Pisang Emas
* 1 cawan tepung gandum
* 2 sudu besar tepung jagung
* 1/2 cawan gula
* 1/2 sudu besar garam

Cara-caranya :
- Lenyek pisang emas, setelah itu masukkan tepung gandum, tepung jagung, gula & garam.
- Kalau adunan lembik sila tambah tepung gandum.
- Ambil adunan tadi letakkan di atas tengah2 daun pisang
- Lipat adunan daun pisang dan lipat dihujungnya
- Letak air dalam pengukus, kukuskan lepat pisang dalam 25 - 30 minit

Lepat pisang mama Jue.. pelbagai bentuk lipatan.. ada besaq ada kecik.. bedasah laaa

Hasil dikukus.. boleh la nak buat lepas kempunan nak makan kan.. huhuhuhu

Isi dalam dia.. lepas masak terus zapp buka makan.. punya la nak makan kekdahnya.. 

Daun pisang ada lagi ni.. kena perabihkan.. nak buat apa yerkk.. kang bising la en papa katanya aku kalo beli nak masak tapi tak perabihkan.. so kena fikir nak masak apa ni.. 

MamaJue & PapaMimi Story
/>

You Might Also Like

2 Comments

  1. sedapnya lepat pisang.
    lepas ni buat ikan bakar alas dgn daun pisang..
    hehe

    ReplyDelete

Like us on Facebook