Resepi

Florentine Cookies / Krunchy Karamel Almond

9:50 AM

Hahh ni la cookies aku ke 3.. alah korang sure tahu kan cookies ni pames tau.. aku ingat susah benor la cookies ni.. dah la mahai.. bayangkan orang juai 600gm RM27.. tak ker mahai tu.. bukan dapat banyak pun.. aku ni kan suka penjimatan.. heheheh.. so aku nak bikin buat sendiri daripada membeli.. dah la skit tak leh jadi ni tak puas makan.. hahahha dasar kedekut kan aku ni.. hahahah... 

So resepi aku tengok kat 1 blog Masam Manis... Ehh senang jer tak perlu pun butter ker gula ker telur ka.. cumanya perlu beli tepung florenta tu.. and then kekacang seperti kepingan badam, green pumpkin seed, kuaci & bijan.. korang tahu aku beli bahan2 ni semua RM52.50.. boleh dapat 4 tray tau.. kira 2 tray tu leh dapat 1 bekas.. korang kira lah berapa penjimatan disitu kan kan kan.. ^_____^

Meh ni aku nak story camner nak buat... padahal sampai aku call Laila Difya la nak buat mcm mana.. hahaha loklaq tau sebab kalo aku buat sure tak jadi.. hahahha.. 

Memula kepingan badam, kuaci & green pumpkin seed ni dipanggang dulu.. lepas itu kena biarkan sejuk.. 

Bijan hitam & tepung florenta 

Selepas kekacang tu sejuk kita gaulkan dengan tepung florenta tu sehingga sebati.. 

Taburkan di atas loyang leper.. tapi korang kena letak parchment paper ni nanti melekat plak kat tray.. 

Setelah siap bakar korang kena keluar cepat2 dan potong cepat2.. satgi cookies ni cepat keraih.. 

2 tray yang aku buat dapat 1 balang ni.. ada lagi yang tak leh sumbat so sumbat masuk mulut lah.. ehhh ^_____^

Sapa2 anak ramai silalah buat sendiri dari membeli.. Sebab sangat la mudah nak buat tak susah mana pun.. Selamat Mencuba....

MamaJue & PapaMimi Story
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook