Dapur Idaman

Kos Total Dapur Idaman

2:00 PM

Ramai yang mesej aku & bertanyakan aku berapa bajet aku & en papa keluarkan buat dapur ni.. Hmm aku takder la keluar segedebuk yer kawan2.. mana la nak cekau duit sebanyak tu.. kalo sebanyak tu maybe duit turun dari langit.. heheh lawak jer.. Ok bulan May 2013 kira setahun yang lepas aku dah renovate pecah dinding dan buat kitchen cabinet ni.. peruntukkan kos buat dapur tu sebanyak yang di bawah.. nanti korang leh tengok.. simpan giler2 la duit tu. sebab kawasan area tu dah memang teruk sangat2 dah.. pintu dapur anai2 dah makan.. korang bayangkan.. sangat tidak selamat lagi kalo anak2 aku g area situ.. so aku & en papa ambik keputusan drastik nak buat jugak.. makan ler nasi dengan ikan bilis lepas tu.. gagaggagag.. itu tipu yer.. *____*

Untuk tahun ni duit yang simpanan tu sepatutnya tujuan nak pergi honeymoon dekat Krabi.. berdua jer.. anak2 tinggal.. so fikir punya fikir, sebabnya aku baru jer buat potongan gaji dek gara nak bayar PTPTPU tu dan aku fikir aku tak nak pergi lagi.. takut nanti sampai airport aku tak lepas nak pergi.. tak ker naya namanya tu... heheheh. aku saja la suruh Jeff dari Intech Kitchen ni datang ukur.. bulan Januari 2014 aku rasa.. korang leh tengok kat SINI.. korang bayangkan berapa lama kami ambik keputusan nak buat.. hahahahah selama 6 bulan ok.. berkurun lamanya.. sampai en papa segan pergi jumpa Jeff tu.. dia asyik tanya bila nak buat bila nak buat.. huhuhuhu last2 kami decide suruh buat jugak.. alkisahnya depa pun datang la buat final ukur kat SINI... benda makan duit banyak ni kena fikir betul2.. pening woo kalo melibatkan duit riban2 ni.. phewwwww lap peluh kejap...

Ehh dah merapu dah ni.. korang tengok la sendiri kat bawah ni aku dah detailkan rega.. kalo kat rumah korang aku tak tau la.. macam pemilihan material pintu aku suka 3G.. kalo 4G ni kaca dan kalo anak2 korang tak lasak boleh la letak.. 4G lagi cantik yer... aku 3G ni pun dah ok dah.. duit pun dah abis banyak dah.. pasrahhhhhh kata nak dapo cantik kekdahnya.. hekhekhek.... ^____^

  • Bayaran utk pecah dinding, table top, beli barang2 : RM 5,000.00
  • Tambah untuk buat pintu 3G : RM 500.00
  • Beli aksesori kat Ikea *anggaran aku jer : RM 200.00
  • Paip air mahai : RM 170.00
  • Dapur jenama Haier *takder hood : RM 370.00
  • Wiring 1 umah tambah plug + lampu : RM 360.00
  • Baki tukang dapo : RM 1,000.00
  • TOTAL (A) : RM 7,600.00
  • Wall Cabinet 3G with Elba Hood : RM 2,800.00
  • Laminate Formica Kaunter Bar : RM 1,000.00
  • 2 Highchair Kaunter Bar : RM 416.00
  • Grundtal Shelf Ikea : RM 129.00
  • TOTAL (B) : RM 4,345.00
Total yang telah aku & en papa hanguskan : RM 11,945.00

See korang nampak berapa banyak duit aku hangus di dapo sekecik ini.. kalo besar lagi sure lagi banyak duit abis.. hehehheh ok lepas ni duk dediam dah.. tak leh g jejalan mana dah.. nasib la buat skit2.. tapi aku syorkan kalo sapa2 nak masuk umah baru better renovate siap2.. kalo tak memang korang makan penat la dengan habuk2 lepas renovate tu.. 

InsyaAllah tahun hadapan 2 projek aku nak buat dalam umah tu.. wardrobe & shoe rack.. InsyaAllah kalo ada umur panjang.. Hujung tahun ni nak kena tunaikan janji kat Qebal dia nak g Legoland.. siap Qebal doakan mama bagi mama kaya.. heheheh...

Harap entri ni bagi korang dapat ilham nak buat dapo dan juga bajet untuk dapur idaman anda.. bukannya aku nak menunjuk ke apa ker.. aku cuma nak buat simpanan peribadi dalam blog ni dan aku boleh review semula.. Terima kasih...

MamaJue & PapaMimi Story
/>

You Might Also Like

9 Comments

  1. Cantik tu dapur. Semangat nak memasak hari2 klo mcm ni ☺☺

    ReplyDelete
  2. Sy beli dapur elba + hood dia...tak smpi 500 rsanya...2 thn lpas pnya cerita la...skrng tak tau ada tdk yek...:)

    ReplyDelete
  3. cantik nyer dapur cabinet... berbaloi baloi dgn RM yang dilaburkan :)

    ReplyDelete
  4. huhuhu.. menangis tengok harga..
    Kena simpan duit juga la nak upgrade dapur..

    ReplyDelete
  5. jue, yg bawah kita sama.. atas dh x sama..hehe.. jue, nti ambik gmbr belah bwh dapur kabinet blh? sb ja punya kosong...xde aksesori..ni yg rasa nk p beraya kt rumah jue plak ni..hehe

    ReplyDelete
  6. lawanya dapoq ang juee..blog ang pon lawa gak..pandai ang buat..aku smpai la ni..haremmm xtaw nk blogging2 ni.hahahaa

    ReplyDelete

Like us on Facebook