Resepi Noxxa

Nasi Goreng Noxxa

9:05 AM

Petang kemarin aku dah tak tau nak masak apa.. paling senang aku masak jer nasi goreng noxxa.. nasi goreng dari beras.. mudah bukan.. masak 7 minit jer.. memang gadjet ni memudahkan para2 ibu bekerjaya macam aku.. muahahah.. ok kali ni aku up entry step by step nak masak.. asyik orang tanya camner nak masak guna periuk ajaib a.k.a noxxa ni kan.. ok kemarin aku gigih menangkap gambar tau.. 

Beras kita basuh dulu, daun kucai, carrot, bawang putih, cili padi & telur.

Panaskan periuk, kita press stir fry, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan & cili blender sehingga masak. *kalo korang nak guna serbuk perencah segera ker tak jadi masalah.. ikut selera tekak masing2 yer..

Setelah itu masukkan beras yang telah dibasuh dan masukkan air.. *sukatan air.. 3 pot, 2 gelas air.. aku suka nasi tu seroi2.. tak suka lembik2.. kang terlembik tak besh makan.. 

Selepas itu kita off kan stir fry, tutup periuk & then press high pressure 7 minit.. 

Setelah 7 minit.. kita kasi keluarkan wap air tu dulu, tengok nasi dah masak kita masukkan sayur & telur serta ikan bilis yang digoreng asing yer.. & then kita press stir fry lagi.

So kita gaulkan nasi goreng tu & boleh tambahkan garam dan juga perasa... Tadaaa siap.. 

Kan mudah.. cepat dan pantas.. hehehhe.. takder sampai 15 minit pun.. kira zup zap zup zap jer kat dapo kita leh masak macam2 mengunakan periuk ni.. en papa makan 2x tambah.. aku pun sama. haiyaaa kalo macam ni dedua badan makin membesar dengan jayanya lah.. muehehehe...

MamaJue & PapaMimi Story
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook