Resepi

Resepi Cucur Ikan Bilis

2:31 PM

Untuk penutup tahun 2014.. aku nak kasi resepi cucur ikan bilis.. hehehe macam tak reti buat jer kan.. sebelum2 ni memang aku tak reti buat cucur yer.. since "menggoogle" & mencuba2 dalam beberapa tahun lepas barulah berani main dengan tepung.. kalo tak alamatnya tepung tu memang untuk stok basuh ayam jer lah.. Ok ini permintaan en papa minggu lepas kot.. aku dah tak ingat.. Dia cakap tak nak makan nasi so aku bikin cucur jer.. ^____^

Meh aku kasi resepi.. mana nak tau ada lagi orang tak reti buat.. hehehe.. takper kita boleh belajar.. 

Bahan-bahannya :-
* Tepung gandum
* Ikan bilis
* Daun bawang
* Bawang besar
* Cili padi
* 1 biji telur
* Sedikit serbuk kunyit
* Sedikit garam
* Air

Cara-caranya :- 
~ Satukan semua bahan dan tambah air sehingga betul2 sekata.. 
* jangan terlebih air pulak yer.. korang agak2 la untuk boleh goreng yer.. 

Siap cucur ikan bilis.. kenapa besar2 cucur aku sebab aku tak reti buat kecik2.. kira padan dengan badan tuan yang buat lah!!.. hahahha

Selamat Mencuba

MamaJue & PapaMimi Story
/>

You Might Also Like

3 Comments

Like us on Facebook