Resepi

Resepi Ikan Keli Goreng Berlado

1:25 PM

Sapa suka makan pecal lele or ikan keli angkat mouse?? heheheh aku suka makan ikan keli ni tapi tak suka kalo goreng ikan keli.. abis aku kena terpecik minyak panas!!!.. kalo goreng ikan keli ni tak sah kalo tak bergaduh & menjerit kat dapo tu.. ikan keli ni pebret en papa.. aku pun time ada mood rajin nak masak bleh la buat.. ini masakan minggu lepas.. beli 6 ekor ikan keli.. heheh puas makan sampai siap meratah.. meh ni aku kasi resepi ikan keli goreng berlado.. memang sedap tau..

Bahan-bahannya :
* Ikan keli yang digoreng
* Bawang putih yang ditumbuk halus
* Bawang besar dipotong bulat
* Cili Merah & Cili padi tumbuk lumat
* 3 keping Asam keping
* Sedikit Air

Cara-caranya :
~ Tumis bawang putih sehingga kekuningan
~ Masukkan cili merah & cili padi yang ditumbuk lumat.. tumis sehingga masak
~ Masukkan bawang besar & asam keping serta sedikit air
~ Setelah itu perasakan sambal dengan garam dan juga perasa
~ Akhir sekali masukkan ikan keli dan gaul hingga sebati. Nak taburkan atas ikan pun boleh.. ikut citarasa masing-masing yer.. 

Ikan Keli Goreng Berlado

Selamat Mencuba

MamaJue & PapaMimi Story
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook