Resepi Noxxa

Pizza Tuna Noxxa

12:43 PM

Salam hujung minggu semua.. lama tak masak2 dalam noxxa ni.. hari ni tetiba tak nak makan nasi.. so aku bikin pizza dalam noxxa... hahahhah kata diet so kita tak payah makan nasi.. boleh gitu?? Aku masak pizza dalam Noxxa? macam pelik jer kan bunyinya.. tapi betul aku masak dalam Noxxa.. meh ni aku sharing resepi pizza tuna Noxxa.. 

Bahan-bahan doh pizza : *boleh dapat 2 biji yer
* 5 cawan tepung gandum
*1 1/2 cawan air
* 2 sudu kecil yis segera mauripan
* 2 sudu besar minyak
* 1 sudu kecil gula
* sedikit garam
* 1 sudu besar minyak - sapu pada doh

Satukan semua bahan kecuali 1 sudu besar minyak untuk sapu doh. Bancuh tepung dengan cecair hingga menjadi doh. Sapu minyak dan tutup dengan tuala.

- Doh yang kembang naik satu kali ganda ditumbuk mampat dan uli sebentar. Bahagi kepada dua bahagian. 

Inti :
* 1 tin tuna cili - tapis minyaknya
* 1/4 lada benggala hijau dan merah - hiris ~ aku takder so aku tak letak
* 1/2 bawang besar - hiris bulat
* 8 biji cendawan butang ~ takder jugak aku tak taruk
* 8 sudu besar sos prego
* 1 biji tomato - hiris memanjang 
* Sedikit keju mozzarella ~ aku gantikan dengan cheesdale

Tekan doh di dalam periuk noxxa hingga ke dinding periuk.

Sapukan sos prego di sekeliling atas doh dan taburkan tuna, bawang besar, tomato dan akhir sekali taburkan keju. Aku letak2 jer macam dalam gambar tu.. 

Tutup penutup periuk noxxa dan halakan tombol kepada "steam". Set butang "steam" selama 12 minit dan tekan on.

Setelah 12 minit... cheese tu masih meleleh2 lagi.. yummie..

Pizza Tuna Noxxa.. buat sendiri lebih tuna & cheese... heheheh 

Mabeles bukan.. Selamat mencuba...


/>

You Might Also Like

8 Comments

  1. Jue, ada tak buku resepi khas utk guna periuk ini? Senang agaknya kalau ada, mana nak dapat ye, saya terkial2 jugak nak guna...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada dear.. nanti email jue.. juelizajamani@gmail.com nanti deal dengan kita beli buku tu.. :)

      Delete
  2. Bagus yer.....ish2 cm ne nak diet ni makan sedap2 ni guna noxxa...baru tgk video pasal noxxa...tp nak buat travel agak besar ek...yg best yer leh masak mcm2 tak yah guna minyak kan

    ReplyDelete
  3. wahhh! style nya masak guna noxxa!!

    sincerely,
    Najlaa 'Aqilah

    ReplyDelete
  4. marveles !
    mcm mau bikin pizza balik ni :)

    ReplyDelete

Like us on Facebook