Astro Circle

Movies Review ~ Suamiku Encik Perfect 10

12:51 PM

Assalamualaikum uolls... lamanya tak update.. bz dengan pindah opis sekarang ni.. Alhamdulillah sekarang dah settle. cuma tak berapa nak best duk meja baru.. hukhukhuk.. ok aku nak citer pasal semalam.. semalam daku g tengok movies kat Mid Valley.. itu hasil aku redeem dari Astro Circle.. hahaha tengok wayang free ok.. movies tu belum keluar lagi tapi kami tengok dulu.. best kan.. hehehhe... 

Semalam kul 7.30 malam collect tiket wayang tu.. ramai yang datang.. itu semua pelanggan astro lah... ada jugak yang dari Media Hiburan.. tapi media hiburan bagi goodies bag.. Astro tak bagi apa pun.. okeh kecik hati lah.. hahahha.. Sebabnya nak tengok citer ni adalah pasal adaptasi dari novel.. dan yang pastinya jejaka tampan tu lah Aaron Aziz.. hahaha.. en papa pun layan citer ni.. yang pasti best.. Duration cerita dalam 2 jam.. best best lah...korang kena tengok tau.. 

Menanti time tunggu wayang.. kita kasi selfie sambil minum chatime.. kongsi beb.. sebab beli 2 kang tak abis.. asyik ulang toilet pulak..

Ni haaa tiket dia.. 

Selfie dengan akak Ifa Raziah.. ada jugak Fazley Zainal tapi ai malu lah nak selfie dengan dia..

Yehaaa kami lagi..

Satu pertemuan yang tidak diduga di antara seorang pelajar perubatan iaitu Aleeya Azmeen dan Zarief Danial, seorang ahli perniagaan ketika mereka sama-sama dalam penerbangan pulang dari Heathrow, London ke KLIA, Malaysia. Pertemuan itu akhirnya membawa mereka menjadi pasangan suami isteri. Namun, perkahwinan itu hanya lakonan semata-mata bagi mengaburi mata keluarga Aleeya Azman dari mengetahui Aleeya Azmeen sedang mengandung hasil dari hubungan bersama bekas kekasihnya.

Sementara itu, Zarief Danial yang sudah pun bertunang dengan Azura Hanim mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan pertunangan itu kerana mula menyayangi Aleeya Azmeen. Di saat cinta mula berputik di antara Aleeya Azman dan Zarief Danial, bekas kekasih Aleeya Azman iaitu Syed Muzaffar kembali bagi menuntut cinta Aleeya Azman. Konflik bertambah rumit apabila keluarga Syed Muzaffar turut campur tangan dengan cuba merebut anak yang dikandung oleh Aleeya Azmeen kerana ingin mendapatkan waris demi harta dan kekayaan. 

Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar yang merupakan ayah kepada anak yang dikandungnya? Atau Zarief Daniel iaitu lelaki yang berjaya mengubat lukanya sebelum ini? Adakah Aleeya Azmeen akan memperoleh suami encik perfect 10 seperti yang diharapkannya selama ini?

Kalo korang nak tahu apa kesudahannya korang kena g panggung wayang berhampiran lah.. hehehhe yang pasti bleh layan citer ni.. aku kasi 9/10

/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook