Resepi Noxxa

Tauhu Telur Noxxa

1:08 PM

Tauhu telur?? makanan ni pernah jadi viral kat FB dalam tahun lepas kot.. ramai orang cuba buat tauhu telur ni.. tapi aku tengok jer sebab tak teringin nak buat.. yang paling aku tak suka kena bekukan.. ambik masa lama.. aku kalo bleh nak cepat.. hahah dasar tak jenis penyabar.. 

Dalam group Noxxa ada orang sharing resepi tauhu telur ni.. cukup mudah nak buat.. yang pasti tak payah nak bekukan.. tekak teringin nak makan so aku cuba buat.. Jom kita tengok bahan2nya.. 
credit thanks to Kak Dee

Bahan-bahan :-
* 4 keping tauhu keras
* 2 tiub tauhu lembut
* 2 biji telur
* Isi ayam
* Isi udang
* Bawang merah
* Cili padi
* Daun bawang
* Daun sup

Cara-caranya :

Blender tauhu keras, tauhu lembut, telur, isi ayam, isi udang sehingga halus. 

Masukkan dalam bekas, campurkan hirisan bawang merah, cili padi, daun bawang & daun sup serta perasa garam dan pak aji. gaul hingga sebati

Masukkan dalam bekas acuan & steam kan dalam periuk noxxa selama 25 minit.

Setelah siap... 

Qebal cakap kek putih.. hahaha nanti boleh la gorengkan tauhu telur ni...

Untuk goreng tauhu telur, hiris & celupkan dalam telur & goreng sehingga kekuningan.. 

Sedap dimakan dengan nasi panas serta ngap macam tu saja..  Selamat mencuba


/>

You Might Also Like

13 Comments

  1. vavavvaavva..temptingnyeeeee..

    ReplyDelete
  2. apesal ai tak tahu pasal recipe ni? wajib cuba ni...

    ReplyDelete
  3. nyumm.. sedapnyee.. lame xmkn tauhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aahh sama lah.. jarang gak makan tauhu ni.. tp ni tauhu penuh dgn ayam n udang

      Delete
  4. tak penah tgk dan mkn sedap ke ni ... menariknye

    ReplyDelete
  5. Sis..
    Nak tanya..
    Nak steam tu letak bekas biru tu dalam PC terus ke ? Ke kena beli macam kaki dia tu.. then baru tenggekkan bekas biru tu dalam PC ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena ada tuku besi tu dulu baru boleh letak biru tu yer.. tak leh direct kang rosak.. ok..

      Delete

Like us on Facebook