Resepi Noxxa

Brownies Chocolate Cheese Noxxa

1:37 PM

Dua hari lepas tekak ni teringin sangat nak makan brownies chocolate.. dek kerana tepung self raising flour masih ada lagi.. so daku pun buat la brownies chocolate cheese ni.. just beli cream cheese jer.. Jom kita tengok bahan2nya.. 

Bahan-bahan A :
* 2 biji telur
* 1/2 cup susu cair
* 100 ml minyak masak
* 1 cup gula castor

Bahan-bahan B :
* 1/2 cup self raising flour
* 1/2 sudu teh baking powder
* 1/4 sudu teh baking soda
* 1/2 cup serbuk koko

Bahan-bahan C :
* 2 biji telur gred B
* 250 gm cream cheese
* 2 sudu besar gula castor
* 1 sudu teh esen vanilla

Maaf gambar cara2 tak ada.. anak dah sabotaj siap dia delete gambar.. uhukk.. 

Cara-caranya :

Bahan A - Satukan semua bahan A dalam blender. Kisar sebati
Bahan B - Satukan semua bahan B dan ayak bersama. Kemudian masukkan ke dalam bahan A yang dikisar tadi. Kisar sebati
Bahan C - Pukul cream cheese hingga kembang. masukkan gula pukul sebati. Akhir sekali masukkan telur dan esen vanilla dan pukul sebati.

Masukkan adunan brownies ke dalam innerpot noxxa. Steamkan selama 10 minit.
Selepas 10 minit, curahkan adunan cheese secara rawak untuk membentuk marble. Dan tekan lagi 10 minit.
Selepas 10 minit, tambah 8 minit lagi biarkan brownies betul2 masak. 
Sejukkan seketika, kemudian keluarkan brownies dan boleh disejukkan dalam peti ais.

Setelah disejukkan.. boleh la potong ikut kesukaan anda..

Yehaa.. brownies chocolate cheese dalam Noxxa.. mudah bukan..

Selamat Mencuba...

/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook