Iqbal Haiqal

Drama "Air Mata Iqbal"

11:39 AM

Semalam sebelum tido Qebal boleh buat perangai cakap tak nak g school.. katanya cuti lagi.. banyak la anak oii nak cuti baper lama.. yang paling tak menahan dia cakap Qebal malas la g school.. hurmm anak jantan kan.. ada jer.. kalo melayan laptop sampai 2,3 pagi boleh plak!!!.. so semalam mama dengan angin kus kus sakit hati kat orang mama pun naik menyampah nak senyum semua.. gggrrrr aduihh time2 macam ni rasa nyesal semua ada.. masa nak tido mama sembang2 dengan Qebal...

Mama : Qebal, nanti mama dah tak ada Qebal duduk dengan papa ya..
Qebal : Mama nak g mana.. mama nak balik kampung ker?
Mama : tak la.. kalo la mama dah pergi jauh dah tak ada dalam dunia ni..
Qebal : Mama nak masuk dalam tanah ker? Mama jangan la mati lagi.. Qebal nak duduk dengan mama. Qebal tak nak duduk dengan papa.. Bagi la papa mati dulu. Qebal sayang mama.. 
Mama : time ni meleleh air mata tp dalam gelap la.. alaa nanti Qebal dapat mama baru.. mama ni kan garang.. Qebal mana sayang mama..
Qebal : Qebal tak nak.. Qebal nak mama ni.. walaupun mama garang macam tiger.. "dah sok sek dah dengar nada Qebal"
Mama : mama dah tak tahan nak gelak ada nak nagis ada.. last2 mama rengah reyau dengan Qebal.. 
Qebal : Qebal dah nagis sendu2 dah.. siap cakap Qebal sayang mama.. 
Mama : Kalau Qebal sayang mama. Qebal kena dengar cakap mama. Jangan mengamuk.. Bangun tido awal g school.. 
Qebal : Ok mama.. Qebal promise sambil nagis2 & cium pipi mama.. 

Pagi ni Qebal bangun pagi takder nagis.. senang jer bangun mandi nak g school.. Nampak tak mama kena mainkan perasaan dia kasi dia dengar cakap mama.. Dengan dia jer mama leh sembang2.. Dengan Qeram masih dalam dunia dia.. asal kita cakap dia copy balik.. kalo mama cakap biasa tu.. dia pun ikut biasa tu.. hahahha anak oo anak... Mama sayang Iqbal & Iqram ketat2.. 

Tetiba mata mama masuk habuk.. hukhuk.. kalo mama dah tak ada nanti macam mana ya.. 

/>

You Might Also Like

2 Comments

  1. "bagi papa mati dulu"..aduhaiii...xtau nak gelak ke nak sedih..papa mesti sentap bile tau..ahahhaha...kadang mmg kene main saikologi kan...okayh, tau dh nnt bile mek dh besau nak saiko mcm mana..hehehe

    ReplyDelete

Like us on Facebook