Resepi

Resepi Egg Benedict

9:05 AM

Morning semua.. sebelum aku melalut macam2 hari ni.. aku nak update resepi breakfast pagi tadi.. padahal nak testing muffin pan baru beli kemarin.. hahahah so kita cewei.. ni semua salah si Napat tu.. saja goda aku nak cuba resepi dia buat.. hahaha.. tapi bagus gak aku tak payah makan nasi lemak pagi2 khen.. so breakfast macam ni bagus tapi makan telur banyak la plak.. 1 papan kita tengok berapa hari tahan.. hehehhe


Bahan-bahannya :-
* Roti gardenia
* Telur
* Susu 
* Cheese
* Sosej didadukan
* Tomato didadukan
* Sedikit lada hitam kisar

Cara-caranya :-
- Potong tepi roti, masukkan ke dalam bekas muffin pan. Masukkan sosej, tomato.
- Kacau telur, masukkan sedikit garam & susu. Kacau hingga sebati.
- Masukkan telur ke atas sosej & tomato. Akhir sekali taburkan lada hitam kisar & cheese.
- Bakar dalam oven dengan suhu 170'c selama 20 minit.

Sebelah kanan egg benedict & sebelah kiri tu maggie benedict untuk Qebal.. 

Setelah 20 minit.. nyum2... sedap sangat makan panas2.. cheese melting jer dalam mulut.. ahakk..

Selamat Mencuba

/>

You Might Also Like

7 Comments

  1. assalam..wah sedapnyaer baca dah meleleh tau air liur tapi banyak gler kalori..mau gemuk ni karang..hahaha

    ReplyDelete
  2. vavavava..sodapnye..penah nak try tp smp skang xtry2 lagik..

    ReplyDelete
  3. weehh..cerrr buat dlm noxxa..nanti update naaa..aku nk resepi dlm noxxa..ahahaa

    ReplyDelete

Like us on Facebook