Resepi Noxxa

Laksa Johor Noxxa

7:28 PM

Resepi untuk laksa johor ni dah lama aku simpan.. itu pun aku ambik kat Amway HQ.. masa tu ada demo untuk masak rempah amway premix dengan menggunakan noxxa.. bau aroma dia sedap ok.. so aku try laksa johor tu lagi lah wowww sedapnya.. tengok resepi pun mudah.. Hari ni baru ada kesempatan nak mencuba.. nak masak nasi tapi lauk apa pun tak dak.. so aku bikin laksa johor jer lah.. jom kita tengok resepinya...

Bahan-bahan A:-
* 80 gm Rendang premix
* 80 gm Fish Curry premix - aku guna rempah kari ikan biasa
* 500 ml air

Bahan-bahan B :- 
* 8 tbsp minyak masak
* 4 batang serai
* 1 liter air
* 1 liter santan
* 2 kiub pati ikan bilis
* 1 tin ikan tuna / sardin dalam tin (dihancur)
* 4 keping asam keping
* 80 gm kerisik
* 1 peket spaghetti 

Bahan-bahan hiasan :-
* Bawang besar (dihiris nipis)
* Timun (dihiris nipis)
 * Taugeh - aku tak letak
* Limau kasturi (dibelah dua)
* Bunga kantan (dihiris nipis)
* Daun kesum - aku tak letak
* Daun pudina - aku tak letak

Cara-caranya :

- Rebus spaghetti dengan air sehingga masak.. Aku rebus dalam Noxxa selama 4 minit. Bilas dengan air sejuk dan keringkan. Setelah itu gaul dengan minyak masak. 
(mudah dengan Noxxa ni tak payah tunggu & tengok rebus spaghetti.. Dan yang pasti tak meruap apabila rebus.. spaghetti yang aku rebus guna noxxa tu tak overcook)

- Campurkan bahan-bahan A hingga sebati. Still masak dalam noxxa, mode stir fry. panaskan minyak dan tumiskan serai dan rempah sehingga wangi dan pecah minyak.

- Setelah pecah minyak, masukan 1 liter air dan biarkan mendidih selama 20 minit.. Dengan noxxa sangat cepat ya..

- Masukkan ikan ke dalam kuah dan didihkan lagi selama 15 minit.

- Kemudian masukkan pati ikan bilis, asam keping dan kerisik. Renihkan selama 20 minit.. Guna noxxa cepat jer.. tak abis2 aku promotekan.. hahahah

- Akhir sekali, tambah santan dan masak seketika. Boleh la nak letak garam skit.. tapi aku rasa sedap dah sebabnya ada kiub pati ikan bilis tu.. 

Laksa Johor Noxxa.. hidang panas sangat mengancam!!

Dah banyak masak macam nak buat kenduri.. so masuk dalam mangkuk tingkat tiffin ni bawak g umah adik ipar.. sebab adik2 ipar ada sana.. sian la mak tang tu.. takper nanti jue leh buat lagi.. hehehe.. 

Selamat Mencuba... 


/>

You Might Also Like

2 Comments

Like us on Facebook