Resepi Noxxa

Asam Pedas Ikan Pari Noxxa

9:39 AM

Morning semua.. sebelum aku start keje yang belambak2 ni meh aku nak share resepi weekend baru2 ni.. of coz ler aku masak dalam noxxa.. lepas ni tong gas setahun la tak abis.. hakhakhak.. nak update kemarin tapi kerja banyak sangat so hari ni lah yer.. macam biasa ini en papa la nak makan asam pedas ikan pari.. pebret dia... malam tu dia g NSK kuchai lama sorang2 beli ikan pari.. hambek kau 4 potong besar2 tu RM28.. hahhh makan sampai puaih.. lepas ni takder nak makan dah... bukan leh beli selalu sebab nanti kalo dah selalu jadi jemu kan. kan.. jom la tengok bahan2 & cara2nya... 

Bahan-bahan :-
* Ikan pari
* 1 mangkuk air asam jawa
* Kacang bendi
* Tomato dibelah 4
* Daun kesum

Bahan Kisar
* Cili kisar
* 1 biji Bawang besar 
* 3 biji bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 1 sudu serbuk kunyit

Cara-caranya :-

Tekan mode stir fry, panaskan minyak & tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak.. hahh time ni korang sila lah tutup noxxa tak pasal2 merecik abih.. biasalah kalo masak sambal2 macam ni walau masak dalam noxxa pun tetap terpecik jugak.. selepas sambal pecah minyak boleh la masukkan air asam jawa & air ikut kehendak masing2 la yoo... masak sehingga mendidih.. boleh la tambah garam serta pak aji...

Masukkan ikan, daun kesum & kacang bendi.. Tutup periuk noxxa dan tekan HP selama 4 minit..

Setelah 4 minit.. releaskan wap & tekan mode stir fry masa ni boleh la kacau lembut2 dan masukkan tomato...

Siap asam pedas ikan pari noxxa.. 4 minit HP ikan pari tak overcook.. nice elok jer ikan tu lembut.. yehaa terliuq plak tengok.. vavvavavav


/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook