Resepi Noxxa

Puding Ice Cream Oreo Noxxa

1:35 PM

Hi semua.. weekend korang g mana.. mama tak g mana2 hokeh.. macam pelik kan tak g mana2.. hmm duk umah macam orang dah tak betul.. migrain pun boleh datang tau kalo duk umah macam ni.. 4 hari weh dah la aku tak makan nasi langsung.. padan muka nak kurus sangat kekdahnya sampai gastrik.. tapi aku tetap tak makan nasi.. tengok nasi metening jer hujung mata.. tapi benda lain aku makan.. tapi still under control la makan.. tetiba tekak ni nak makan puding agar.. so bahan yang mudah daku buat jer lah.. bebudak 2 orang ni tak makan rupanya cisss.. jenuh mama nak abiskan 1 bekas ni.. hadap la mama sampai kembung puding.. hahahah.. jom la tengok bahan2nya.. orang duk mintak resepi tu.. 

Bahan-bahannya :-
* Agar-agar bertali (dipotong kecil2)
* 1250 ml air
* 1 tin susu cair
* 1 cup gula
* 1 sudu teh esen vanilla
* 1 biji telur
* 1 bungkus biskut oreo (dikisar halus)
* 1 cup ice cream (ikut suka perasa apa.. i guna ice cream vanilla)

Cara-caranya :-

Masak agar2 bertali dengan 1250 ml air hingga larut.. Aku masukkan jer dalam noxxa.. cepat tak payah duk tengok2.. hahaha malas atas api satgi dia meruap.. korang paham dak?? tak paham buat2 paham jer lah

Kemudian masukkan gula dan kacau sebati.

Blendkan telur, susu cair, ice cream & esen vanilla.

Satukan adunan dengan agar2 yang dimasak tadi. Kacau rata.

Akhir sekali masukkan biskut oreo yang telah dikisar. kacau lagi biar hingga sebati. Dah sebati, tutup api.

Masukkan ke dalam loyang or bekas suka hati korang lah.. sejukkan dalam freezer..

Tadaaa setelah keras.. nyum2 sedap dimakan sejuk2.. 

Selamat Mencuba


/>

You Might Also Like

4 Comments

Like us on Facebook