Resepi

Resepi Ayam Paprik

12:45 PM

Assalamualaikum.. Salam siaran hari Isnin.. bz skit awal pagi ni.. hati tak keruan lupakan.. biar diam lebih baik kan... tak perlu baca, tak perlu balas msg & lebih baik berdiam saja.. Ok lupakan hal tu.. banyak sangat nak citer ni tapi ntah tak tau nak mula yang mana satu.. Meh aku nak share resepi yang aku masak hari Jumaat baru2 ni.. itu pun masak lebih sebab hari Sabtu aku seharian di Putrajaya.. kesian kat en papa kang tak makan plak.. so mama masak lebih tinggalkan en papa panaskan dalam microwave jer.. kalo korang nak tahu ni pestime aku masak paprik ni.. sebelum ni tahu makan jer.. dek kerana kacang panjang ada lebih masa buat ayam goreng kunyit, so aku iktiar buat paprik.. hope menjadi lah.. hehehhe.. Jom tengok bahan2nya.. 

Bahan-bahannya :-
* 2 keping dada ayam -dihiris nipis
* 2 ulas bawang putih
* 2 ulas bawang merah
* 1/2 inci halia
* 1/2 labu bawang besar
* 1 biji cili merah
* 5 biji cili padi 
* 1 batang serai
* 2 helai daun limau purut
* 3 sudu besar cili kisar
* 3 sudu besar sos cili
* 3 sudu besar kicap
* Kacang panjang
* Carrot
* Jagung kecil

Cara-caranya :-

Panaskan minyak, goreng hirisan ayam hingga berubah warna keputihan. Tos dan ketepikan.

Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia sehingga naik bau. Tumiskan cili kisar sehingga pecah minyak. Masukkan sos cili dan sedikit kicap. 

Masukkan isi ayam dan gaul hingga rata. Masukkan air, serai, cili merah, cili padi yang diketuk biarkan ia mereneh seketika dan jangan lupa masukkan garam dan juga perasa.

Masukkan bawang, carrot, kacang panjang, jagung dan daun limau purut. Kacau rata dan biarkan seketika sehingga sayuran empuk. Boleh tambahkan sedikit air jika pekat.

Siap Ayam Paprik.. Sedap dimakan dengan nasi putih uoll. senang 2 in 1.. lauk + sayur.. 

Selamat mencuba...


/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook