Resepi Noxxa

Bubur Kanji Utara Noxxa

9:04 AM

Bubur kanji memang terkenal di utara tanah air.. erkk apa macam skema jer ayat aku ni.. hahaha ok aku nak citer lah bubur kanji ni kalo kat belah kedah memang pemes time bulan posa.. kalo kat KL ni orang panggil bubur lambuk.. tambah2 dekat masjid kampung baru KL sampai orang beratur nak ambik.. hehehe aku nak ambik tobat la jenis tak suka bersesak2 dengan orang.. nak beli lagi lah tak.. aku jenis suka masak sendiri.. rajinkan aku ni.. cer time malas memang tak berasap la dapur tu.. Macam biasa bulan posa abis kecundangan diet tak makan nasi ni.. semua salah en papa.. huwaaa awat time posa ganti bleh jer.. tapi time posa betui hampeh semuanya.. sabo2.. 

Dek kerana keteringinan bubur kanji ni so aku pun google lah cari & siap call tok aku tanya apa bahan2 dalam bubur kanji tu.. ngeh teruk tau.. pehtu aku akan cuba experimen dalam noxxa aku ni.. Jom tengok bahan-bahannya.. mudah jer kalo ada noxxa dah serupa macam chef expert pulak rasa.. hehehhe

Bahan-bahannya :-
* 2 pot beras
* Daging didadu
* Udang
* Carrot didadu
* Bawang putih
* Bawang merah
* Halia
* 2 batang serai diketuk
* 2 sudu besar lada hitam
* Daun bawang
* Santan
* Air

Cara-caranya :-

Tekan stir fry, panaskan minyak tumiskan bawang putih, merah & halia sehingga naik wangi dan kekuningan. Masukkan lada hitam, isi daging, udang & carrot dan gaul hingga sekata.

Masukkan air secukupnya dan beras, kacau sehingga sekata. Tutup periuk Noxxa dan HP kan selama 25 minit.

Setelah HP 25 minit, releaskan wap dan tekan stir fry bolehlah perasakan garam serta pak aji & masukkan santan.. Yang ni korang agak2 la nak lemak macam mana yer.. kalo agak pekat boleh la masukkan air.

Biarkan bubur mendidih seketika dan siap...

Selamat Mencuba...

/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook