Resepi Noxxa

Bubur Pulut Hitam Noxxa

4:34 PM

Sapa suka makan bubur pulut hitam angkat mouse!!! heheheh aku dah tak tahu kenapa tetiba tekak nak makan manis2.. maybe nak bendera merah berkibar kot.. mesti nak makan manis2.. abih diet tak minum manis tergendala.. ngeh ngeh ngeh... saja jer kan tekak macam2 la time ni nak makan.. tapi semua rasa tawaq hebiaq oihhh.. gara2 SBB lah daku jadi gini tapi tak kesah sebab happening sangat event tu... hehehe..

Semalam balik kerja tak g gym.. sebab diriku yang agak lemah + asyik batuk2.. so terbikinlah bubur pulut hitam.. tuan yang makan ada la 2,3 sudu tapi yang lain semua en papa yang bedal makan.. hari ni yang selebihnya bawak bagi adik2 opis makan.. korang memang suka akak buat kan.. Jom kita tengok bahan2nya.. adanya Noxxa semua menjadilah.. 

Bahan-bahannya :-
* 2 cawan beras pulut hitam - direndam 30 minit & toskan
* 2 cawan santan 
* 4 cawan air 
* 1 cawan gula perang / biasa
* sedikit garam
* 2 helai daun pandan

Cara-caranya :-

Masukkan beras pulut hitam, air & daun pandan ke dalam periuk noxxa. Tutup periuk noxxa & HP kan selama 45 minit.

Setelah 45 minit, releasekan wap tekan mode stir fry & masukkan santan, gula perang dan sedikit garam kacau hingga sebati. Didihkan dalam 5 minit.

Siap bubur pulut hitam noxxa


/>

You Might Also Like

3 Comments

  1. aida suka makan lepas letak dlm fridge.
    sejuk... nyaman...

    ReplyDelete
  2. Akak baru nak cuba kejap lg ni jur..

    ReplyDelete

Like us on Facebook