Resepi Noxxa

Kuih Bakar Noxxa

8:43 AM

Morning semua.. yeaa esok cuti.. suka kan cuti sebabnya nak qado lena.. hahhaha.. macam boleh.. ok pagi ni aku nak share resepi yang dah di eksperimen dalam cik Noxxa tu.. tu pun banyak tanya dengan akak2 yang pakar noxxa kan.. So terjadilah kuih bakar atau bingka pandan.. erkk aku tak sure yang mana nama dia.. bedasah la labu.. asalkan boleh makan sudah.. 

Jom kita tengok bahan-bahan dan cara-caranya.. cukup mudah yer adik2, akak2, makcik2, nenek2.. erkk...

Bahan-bahan :-
* 2 cawan tepung gandum
* 2 cawan santan
* 1 cawan gula
* 1 cawan air pandan
* 3 biji telur
* Sedikit garam
* Pewarna Hijau
* Bijan

Cara-caranya :-

Blendkan semua bahan kecuali bijan.. Masukkan ke dalam periuk noxxa dan steamkan 10 minit pertama.. Setelah 10 minit, bukak periuk dan taburkan bijan. Steam 10 minit lagi.

Siap kuih bakar @ Bingka pandan... 

Selamat mencuba...

/>

You Might Also Like

5 Comments

Like us on Facebook