Menu Berbuka 2015

Menu Berbuka Hari Ke 1 - 5

10:25 AM

Hari ni dah 6 hari kan berpuasa.. Dah 5 hari aku  masak untuk juadah berbuka.. nak beli aku usahakan cuba say no to bazar untuk beli lauk pauk.. heheheh.. kalo takat beli kuih yer lah mana lah sempat kalo time keje gagah nak buat kuih kan... so aku dengan gigihnya aku akan masak sendiri.. biar la simple asalkan aku puas hati daripada aku beli lauk kat bazar.. memang aku akan sakit hati.. bukan aku nak kondem tau.. tapi dah pernah terkena so aku jadi serik nak beli.. kalo takat beli nasi tomato & ayam masak merah sekali hadap bleh.. kalo beli lauk2 memang tak la.. 

So dengan ini aku rasmikan aku akan masak sehingga abis Ramadhan.. itu pun kalo en papa kata mama tak payah masak kita berbuka kat hotel ker, kat Nandos ker, kenny rogger roster ker, ehhh demand beb!!.. muehehhe.. alaa restoran jer aku nak.. itu pun kalo aku sanggup dengan anak2 yang aktif ni.. mau tercekik mama sambil makan dengan anak2.. hahhaha.. Jom la tengok apa menu aku masak untuk 5 hari.. sapa follow ig aku mesti tahu... tetiba ber ig sakan sekarang ni.. ngeeeee

Menu hari pertama Nasi beriani, Sup Daging & Air Asam..

Menu hari kedua Kari Ikan tenggiri, Sup Petola, Telur Dadar & Sambal Belacan

Menu hari ketiga berbuka puasa umah abah. So aku bikin Pulut Sekaya 

Menu hari ke empat Bubur Kanji a.k.a Bubur Lambuk

Menu hari ke lima Ikan Masak CukaTaugeh Goreng & Ikan Goreng.

Baru 5 hari aku blur dah nak masak apa.. hari ni nak masak apa pun dah fikir.. belum petang dah fikir ok.. kang tanya en husband dia cakap masak la apa pun.. alahai... so nak tak nak kena bukak buku resepi or google jer lah.. next week aku akan update lagi 5 hari menu berbuka yer.. kalo 30 hari posa korang hadap la tengok yer.. mana la tahu menu2 semua ni dapat idea untuk korang nak masak nanti kan.. 


/>

You Might Also Like

7 Comments

  1. nasib baik iman masih kuat..wakakaka

    ReplyDelete
  2. wow nasi beriani !!! kagum aida :)
    aida pun akan cuba masak tiap hari.
    sebab lauk kat param x fresh.
    sian anak-anak :(

    yes. kalu tanya mr.asben, bukannya nak bagi idea.
    katanya, apa apa pun boleh :) hu hu hu

    ReplyDelete

Like us on Facebook