Resepi Noxxa

Ketupat Palas Noxxa

11:12 AM

Apaa ketupat palas pun leh buat dalam noxxa.. hehehe alaa atas api pun boleh.. tapi aku nak mempercepatkan masak.. malas nak tunggu lama2.. Aku nak buat ketupat ni idak ler.. balik kampung mama yang buat.. aku tahu balun makan.. kang balut jadi ketupat betina la jantan la pondan la.. ehhh ada ker.. hahhaha yang pasti tak kesah la rupa macam mana yang pasti bleh masuk perut sudah.. ngeeee.. Ni pun gigih daku tuntut ilmu dengan mama tau.. senang jer buat.. yang paling tak menahan kena balut dengan daun palas tu yarabbi rasa nak menyuluq jer tau.. sakit pinggang wohhh.. hahh bab balut aku belajar dari youtube.. ngeee.. Jom kita tengok bahan2nya... 

Bahan-bahan :-
* 1 kg beras pulut susu
* santan + sedikit garam

Cara-caranya :- 

Basuh beras pulut & rendam selama 15 minit.

Masukkan ke dalam noxxa, masukkan santan dan biarkan tenggelam skit paras pulut. Guna mode stir fry & kacau sehingga santan kering dan masak sehingga separuh masak sahaja.

Setelah santan kering. biarkan suam. Dan balutkan dalam daun palas or daun pisang.. erkk tang balut ni korang bleh belajar dr youtube ehh.. aku tak expert bab2 ni...

Untuk rebus ketupat palas. masukkan ketupat & air dalam 2 cawan, tutup periuk noxxa dan HP selama 10 minit.

Setelah 10 minit. releaskan dan siap untuk dimakan...

Sedap dimakan dengan rendang daging.. 

Selamat mencuba

/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook