Resepi

Resepi Quiche Sardine

9:49 AM

Dah lama keteringinan nak buat Quiche sardine ni.. gara2 tertengok kat blog Mat Gebu.. ya Allah sedap sungguh.. so petang kemarin balik dari keje beli terus bahan2.. pagi ni dah cuba buat.. Meh tengok bahan2 dan cara2nya... 

Bahan-bahannya : -
* Puff Pastry jenama KAWAN
* 2 Telur gred A
* 1 cawan susu 
* Parutan keju cheddar
* Sedikit daun bawang

Bahan-bahan inti :-
* 1 tin sardin
* 1 biji bawang besar didadu
* Sedikit halia cincang halus
* 2 ulas bawang putih
* 3 biji cili padi
* 1 biji limau nipis

Cara-caranya :-

Untuk inti quiche - Panaskan 2 camcam besar minyak masak. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi. Kacau rata. Masukkan sardin dan pecah-pecahkan isinya. Masak sehingga kering. Masukkan garam & tambahkan limau nipis. Kacau rata dan masak sekejap. Sejukkan seketika.

Untuk pustry puff - Keluarkan kulit pastry dari freezer, biarkan pada suhu bilik selama 15 minit. Buat potongan kurang lebih 1 inci pada setiap bucu pastry (boleh refer gambar dibawah). Lenserkan acuan muffin dengan sedikit mentega. masukkan ke dalam bekas muffin dan bentukkan seperti gambar dibawah. Kemaskan dan buat hingga penuh muffin.

Untuk quiche sardin - Panaskan oven pada suhu 190'c. Bahagikan inti quiche ke dalam acuan beralas kulit pastry tadi. Dalam 1 bekas lain, satukan telur dan susu, kacau hingga semua sebati. Kemudian tuangkan ke dalam inti tadi. Taburkan daun bawang serta taburkan parutan keju. Bakar selama 25 - 30 minit atau sehingga keperangan. 

Potongan di penjuru kulit pastry

Masukkan inti sardin, kemudian masukkan campuran susu & telur. taburkan daun bawang serta keju.

Bakar dalam oven selama 25 - 30 minit pada suhu 190'c

Siap boleh dimakan pagi atau minum petang..

Selamat mencuba...

Credit dari blog Mat Gebu


/>

You Might Also Like

14 Comments

  1. Replies
    1. sedap2.. aku makan 3 ketul.. kenyang smpai tghari ni

      Delete
  2. Kecur ailio tau. Sardin tu masak dengan kuah dia skali ker atau masukkan sardin jer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak dgn kuah dia.. pehtu keringkan jer kuah tu..

      Delete
  3. terliur.. nak kene beli bahan2 dulu la..

    ReplyDelete
  4. Resepi mat gebu mmg terbaik...sedap ye jue buat...yummmyyyyyyy

    ReplyDelete
  5. ehhhhh comellll...boleh laa try ni...senang pun senang bahannyer.....yg teruja tu sebab jadinye comelll....

    ReplyDelete
  6. sedapnya..nnti nk cubalah..slm perkenalan..dr www.housewifearts.blogspot.com

    ReplyDelete

Like us on Facebook