Resepi Noxxa

Kek Pisang Noxxa

11:59 AM

Dah lama keteringan kek pisang.. ritu beli lah kat tesco yang jenis panjang tu.. sekali hadap jer makan 4 beranak.. ni ada lebihan pisang boleh la cuba buat.. biasa la penyakit M sedang bermaharajalela dalam diri ni.. so nak masak nasi yang 7 minit pun al kemalasan acer ner.. sanggup tak makan boleh gitu?? hahahah.. Jom tengok bahan2 & cara2 buat kek pisang noxxa.. yang penting boleh la makan kan daripada pisang tu akan masuk tong sampah plak nanti.. hehehhe...

Bahan-bahannya :-
* 4 biji pisang
* 4 biji telur
* 1 cawan tepung gandum
* 1 cawan gula ~ boleh kurangkan
* 1 cawan minyak
* 1 sudu kecil baking powder 
* 1 sudu kecil soda bikarbonat
* 1 penutup esen vanilla

Cara-caranya :-

Blender pisang, minyak, gula, telur & esen vanilla hingga hancur semuanya.

Masukkan ke dalam bekas. kemudian masukkan tepung, baking powder & soda bikarbonat dan kaup balik hingga rata.

Masukkan ke dalam inner noxxa. tutup penutup periuk noxxa dan steamkan selama 28 minit. Make sure tombol ke arah steam ya.. kalo berbunyi bip bip bip just abaikan..

Setelah 28 minit.. sejukkan dan terbalikkan ke atas pinggan.. 

Selamat mencuba...

Regards,
/>

You Might Also Like

15 Comments

  1. Tak pernah buat kek dalam noxx lagi. Ntah bila nak try. Tapi malam tadi buat pizza ☺

    ReplyDelete
  2. wah ajaibnya periuk noxxa ni kan..macam2 boleh buat

    ReplyDelete
  3. sedapnyeeeee.. telan ailio!
    femes betol periuk noxxa nih kan~

    ReplyDelete
  4. yumyum selalu buat kek coklat jer.pasni boleh cuba kek pisang pulak

    ReplyDelete
  5. buat birthday cake pon boleh ni...

    ReplyDelete
  6. Rajin betol la akak ni masak. Hehe. Emi time raya jela klu nak buat kek bagai ni. Itu pun klu rajin :P

    ReplyDelete
  7. boleh lah try buat lepas ni...
    .
    .
    .
    kalau rajin.. ahaha

    ReplyDelete
  8. Ooo bunyik tu normal ye.ya akk stim masuk bunyik bep bep

    ReplyDelete
  9. Mama jue kalau tgh x masak nak wat camna

    ReplyDelete
  10. Lepas steam awak terus bukak ker.. biarkan dulu dalam tu lepas 10 minit baru bukak. kalo lepas steam terus bukak mmg ler tgh tak masak yunk

    ReplyDelete
    Replies
    1. 10 min tu biarkn dlm mode warm/reheat @ trus tutup je...?

      Delete
    2. Yer dlm mode warm reheat dan biarkan tutup dulu..

      Delete

Like us on Facebook