Resepi Noxxa

Badak Berendam Noxxa

9:47 AM

Morning.. Welcome November.. Hari ni besday my sis Juehanita... Happy besday kak ta.. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. cepat2 naik pangkat jadi DDM pulak yer.. we all akan follow u.. insyaAllah... Ok petang kemarin tekak ni teringin nak makan manis2.. perghh dah macam orang mengidam pulak kan.. ngeee padahal dek kerana bendera jepun la tekak ni mengader nak makan macam2.. so gigih tau buat badak berendam.. ehh ada setengah orang kata puteri mandi kan?? ntah la aku tengok resepi nama dia badak berendam.. hahh tak kesah la nama apa asalkan masuk perut sudah... hahahha bedasah la wehhh....

Memula buat rasa macam nak bebai.. tepung terlembik.. >__< muahahah.. so tambah la skit lagi tepung untuk tak nak lekat2 kat tangan.. ok berjaya.. yang part inti aku is tak puas hati.. dah jadi macam gula2 candy kelapa plak.. aaaghhhh plus tambah nak bebai.. ok buat jer kang tak jadi kita buang dalam tong sampah.. tu lah aku fikir.. so lepas siap kukus dalam noxxa n then makan badak berendam tu.. waahhh sedap.. ngeeee boleh la nak makan kan.. korang jangan gelak naper bulat2 besar macam badak.. kahkahkah.. besar nau nau ok sebab nak cepat abis.. jangan ikut aku hat ni yaa.. sila ikut resepi ok.. tapi aku nak share jugak dalam blog mana la nak tau nanti aku nak repeat buat kan.. senang aku nak cari.. jom tengok bahan2 & cara2nya yer...

Bahan-bahannya :-
* 2 cawan tepung pulut
* 1 cawan air tapisan pandan (8 helai daun pandan)
* 2 cawan santan pekat
* 1 cawan kelapa parut
* 1 cawan gula merah
* 1/2 cawan gula pasir
* 1/2 cawan air
* 2 helai daun pandan disimpul
* Garam secukup rasa

Cara-caranya :-

Bancuh tepung pulut bersama air daun pandan sehingga menjadi doh yang lembut

Masak kepala parut bersama gula merah, gula pasir, air dan daun pandan sehingga pekat bagi menjadikan inti

Bentukkan doh menjadi bulat dan isikan inti di dalamnya

Letakkan doh berinti di dalam loyang dan tuangkan santan pekat yang dikacau dengan garam. Steamkan ke dalam noxxa selama 25 minit ataupun sehingga masak

Siap badak berendam noxxa

Selamat mencuba

Regards,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook