Drama

Drama : Kau Aku Kita

10:17 AM

Sapa yang suka kaki drama ni memang akan tunggu macam aku kan.. hehehe.. semalam ada drama ni episod 3.. ntah naper plak android box tak leh nak tengok.. ggrrrr ni mesti internet slow nak mampus.. adehh.. takper boleh jer tengok online.. lagi best tengok online sebab takder iklan.. hahhh ni drama terbaru kat TV3.. aku dah cakap jangan bagitau aku.. kan dah tertengok.. nasib hero hensem.. kalo hero tak hensem tak hingin nak tengok tau.. ehh drama ni adaptasi novel ehh.. ok petang karang aku g cari novel tu untuk khatam dulu.. hahahha... itulah perangai aku.. weekend ni memang mama hadap novel jer lah... ^___^.. jom baca sinopsis drama best ni... hensem betul si syahrul ridzwan ni ker doc hensem yang viral tu?? ehhhhh 

SINOPSIS KAU AKU KITA

Kau, Aku, Kita memperkenalkan dua karakter penting yang berkongsi nama yang sama, Iman Firdaus. Si gadis lebih senang disapa dengan nama Iman (Janna Nick) manakala si jejaka dipanggil ringkas dengan nama Aus (Syarul Ridzwan). Nama yang sama namun perwatakan mereka berbeza. Iman merupakan seorang gadis yatim piatu dan terpaksa bekerja keras bagi menyediakan keperluan adik-adiknya. Semuanya bermula kerana pinjaman lintah darat yang memporak-perandakan kehidupan Iman. Berbeza dengan Aus yang hidup serba mewah dan merupakan artis ternama yang digilai ramai. Jika iman diancam gengster kerana terpaksa melunaskan hutang, Aus pula diancam dengan para peminatnya yang ingin menjadikan dirinya sebagai pasangan kekasih. 

Lebih menarik apabila pertemuan Iman dan Aus adalah kerana mereka berkongsi nama yang sama. Iman dikejar geng lintah darat ketika dia mencari pekerjaan manakala Aus pula menyamar sebagai orang biasa bagi lari dari dunia glamornya. Penjahat yang menjerit nama ‘Iman Firdaus’ menyebabkan mereka berdua menggelabah dan berlari bersama. Kekeliruan itu menjadi detik pertemuan mereka. Apa yang pelik bagi Aus ialah Iman langsung tidak mengenalinya sebagai seorang selebriti. Jawapannya mudah kerana Iman sendiri tidak mampu mempunyai televisyen apatah lagi masa untuk menontonnya. 

Dalam masa yang sama, Aus sering ditanyakan ayahnya, Dato’ Ashari Irfan seorang ahli perniagaan berjaya yang tidak tahan mendengar cerita gosip mengenai anaknya yang dikaitkan dengan ramai pelakon dan model wanita. Ayah Aus seorang yang rendah diri namun permintaannya mudah agar Aus segera menamatkan zaman bujangnya dengan sesiapa sahaja tanpa memilih pangkat dan status. 

Aus tertarik dengan Iman yang tidak mengenali dirinya langsung lantas memikirkan bahawa Iman adalah jodohnya yang paling tepat. Aus dengan segera melamar Iman. Iman tidak tahu sama ada dia mampu mencintai Aus tetapi dia tahu tanggungjawabnya adalah untuk memberi kesenangan kepada adik-beradiknya. Aus berjanji untuk melangsaikan hutang Iman bagi mereka memulakan hidup baru. 

Mampukah perkahwinan tanpa landasan cinta membawa mereka kepada kemanisan berumah tangga? Mampukah Iman bertahan dengan dunia glamor Aus? Adakah Aus berjaya menambat wanita polos sesuci Iman?

Ok kalo korang nak tengok drama ni kat online korang leh terjah di SINI

Jom la layan citer best ni.. heheheh...

Regards,
/>

You Might Also Like

4 Comments

  1. menarik nie...okey2 nanti nak layan online gak....same laaa lagi syiok layan online sbb tak kene kaco iklan.....

    ReplyDelete

Like us on Facebook