Drama

Drama : Tuan Anas Mikael

9:42 AM

Kan dah cakap jangan bagitau aku drama best2!!! kan dah aku melangut tetiap malam... haiyaaa.. Qebal siap cakap mama citer mama.. mama jom g shopping ikut suara yang cakap laju2 tu.. mama abang sado mama hensem.. hahahah bertuah punya anak.. so dia dah tahu citer mama, dia akan bagi mama peluang tengok sampai puas2.. kadang2 dia akan teman mama tgk tv.. Ehh tak puas hati tau baca novel sampai bab 15 jer.. tunggu naaa novel otw dah tu.. tak sabar nak baca this weekend.. wehh tv pun tengok.. novel pun baca... sakan sangat ni!! thanks yer en papa belikan novel kat i.. ngeee i yang beli tapi dia lah bagi det... det refund perfume bila nak dapat ntah.. penat aku tunggu.. dah jom baca sinopsis drama best giler ni.. yang pasti hero hensem.. Alahaii Aaron Aziz wehh tetiap malam buat aku tengok hang tau!!!


Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin. 

Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi.

Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu.

Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam. Tetapi... Di Krabi... 

“Saya suka awak, Ayu Maisarah.” - TUAN ANAS MIKAEL 

Tuan Anas Mikael mengaku sudah jatuh cinta kepada Ayu Maisarah menyebabkan Ayu Maisarah mula memasang angan-angan dan memetik segala bintang dan bulan. Apabila tiba waktu yang ditetapkan, Tuan Anas Mikael telah menukar hasratnya dan memilih... 

Mom perkenalkan, the love of my life, my girlfriend, Raisya Putri. - TUAN ANAS MIKAEL
Ayu Maisarah, kecewa! 

 “Tuan... Tuan tahu apa kopi yang paling pahit? Oh, tak tahu, ya? Kopi-lih dia itulah yang paling pahit! Saya benci tuan... Tapi, macam mana, saya dah tersayang tuan.” - AYU MAISARAH 

Konflik mula memuncak, Tuan Anas Mikael ditakdirkan dalam kesusahan. Untuk menolong Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah terpaksa membongkarkan rahsia identiti dirinya sendiri dan mendedahkan dirinya untuk dibunuh.

Tetapi adakah pengorbanannya itu berbaloi? Perlukah Ayu Maisarah terus menyelamatkan Tuan Anas Mikael atau membiarkan Tuan Anas Mikael yang kekwat itu.... Mati selepas apa yang telah Tuan Anas Mikael berbuat kepadanya? 

“Jaga saya elok-elok, Cik Ayu. Kalau awak jaga saya elok-elok, saya akan jaga awak elok-elok juga.” - TUAN ANAS MIKAEL


Hahh korang kalo dah separuh angau macam aku nak tengok citer ni.. korang leh layan online di SINI
Ataupun kalo korang nak baca novel ni secara online dari Bab 1 - 15, korang leh tekan di SINI

Nak tahu lebih lanjut citer ni korang kena lah tengok & baca novel ni...
So selamat membaca dan menonton yaaaa!!!

Regards,
/>

You Might Also Like

2 Comments

  1. baru malam tadi sempat tengok drama ni., hihi.. best

    Jom follow saya

    ReplyDelete
  2. dah record entire series supaya tak terlepas mane-mane episode. maklumlah tido awal..hehehe..

    ReplyDelete

Like us on Facebook