Food Review

Food Review | Steamboat Empire

11:17 AM

Ramai yang suka makan steamboat kan?? Kalo makan steamboat ramai-ramai tapi share 1 periuk tak best kan tapi kat sini 1 periuk untuk setiap sorang!! mana nak jumpa hokey!!! Meh ni aku nak share satu lokasi restoran yang baru buka di Cyberjaya. If korang nak rasa suasana makan yang santai, berhawa dingin dan mempunyai ruangan kanak2 korang boleh terjah Steamboat Empire, Gem In Mall di Cyberjaya. 

Dengan adanya lebih 60 variati hidangan buffet yang korang boleh makan kat sini sampai korang puas hati.. Yang pasti memang pilihan makanan yang terbaik disini dengan harga yang berbaloi-baloi. Selain itu. tempat ni boleh dijadikan gathering family sebabnya ada ruangan kanak-kanak yang bebas bermain.. so kanak2 tak akan bosan disini.. Jom kita terjah apa lagi yang menarik di Steamboat Empire. 

Steamboat Empire.. Mudah jer nak jumpa masuk jer Gem In Mall korang dah nampak..

Ruangan dalam yang santai dan berhawa dingin.. tak perlu risau bau gas ke baju korang yer.. 

Yehaa muka puan blog dah tak sabar sangat ni.. yang en papa pun suka sebab dia hantu steamboat!!

Best disini adalah 1 periuk setiap sorang.. so tak perlu berebut dengan yang lain.. hahaha.. 
Pilihan soup aku adalah tomyam.. memang sedap, pedas & berapi lah.. korang patut cuba.. untuk yang tak suka pedas ada soup ayam yer.. jangan risau

2 pilihan sos yang terdapat disini adalah 
Empire Original ~ rasa macam rendang dengan kisaran serai dalam sos ni.. memang ummphh lah.
Empire Spicy ~ sos ni pulak pedas dan manis, memang balance dengan rasanya.
Bagi aku suka sangat Empire Original ni terbaik...

Disini hidangan buffet semuanya tertutup dalam freezer. So, jangan bimbang hidangan tak terdedah dan yang pasti semuanya fresh yer.

Bahagian jenis sayur.. pelbagai sayur ada sini.. 

Bahagian desert.. dari western hinggalah melayu tradisional ada.. 

Ni pulak bahagian salad.. aku tak ambik sebab yang steamboat pun dah penuh perut.. 

Penjuru sini pulak bahagian air & ice cream.. Kalo boleh upgrade jus buah pun ok jugak ni.. Tak semua orang minum air gas termasuklah aku.. heheheh

Pilihan kami untuk buffet.. ni pun macam tak cukup.. boleh jer repeat ambik lagi ni.. 

Ehh tetiba ada penambahan lagi.. ada dim sum, ada chicken wing grill, otak-otak.. wahhh penuh meja.. 

Ok dah tak sabar ni.. jom kita makan....

Muka ada senyum tau.. Seafood disini semuanya fresh yer.. aku makan buat syarat jer.. rasa lah skit kan sebabnya aku alergic seafood tapi aku bantai makan jugak.. mana boleh pantang kan.. depan mata makan jer.. ngeee

Sini lah mini playground untuk kanak2.. kalo ada bebudak 2 orang tu tempat ni lah jadi sasaran.. mananya depa nak makan sangat.. main slide lebih penting dari makan yer... anak2 aku ni mesti lepas makan lari sini.. lapar lari g makan pehtu sini.. hehehhe

Selain steamboat ada jugak makanan santai2 untuk pencuci mulut.. 

Yang ni bukan kanak2 jer suka.. mak bapak pun suka nih.. 2 pilihan ice cream disini iaitu durian & coklat.. 

Terima kasih kepada pihak Steamboat Empire sebab sudi jemput Mama Jue ke sini.. InsyaAllah boleh repeat lagi... Ok kalo korang nak cuba boleh datang ke sini ya.. 

Steamboat Empire 
G 10-G 13, Gem In Mall,
Mutiara Ville, 
Persiaran Sepang Cyber 11,
63000 Cyberjaya.

~ Waze & Google Maps : Gem In Mall ~

Buffet Time / Price for 1 Pax : 
Lunch Session : 11.30 am - 3.00 pm
Weekday : RM 22.90
Weekend : RM 23.90

Dinner Session : 6.30 pm - 10.00 pm
RM 25.90

* Children below age of 9 years old eat for FREE

Facebook : Steamboat Empire
Instagram : Steamboat Empire

Regards,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook