Resepi Noxxa

Puding Santan Gula Merah Noxxa

10:01 AM

Morning... ok hari ni nak share 1 puding yang senang lagi kacang untuk korang.. hahaha... padahal aku nak buat clearance apa yang ada kat umah ni.. nanti ada orang bising naper aku masak asyik duk ada berkurun dalam tupperware.. so semalam terbikin puding santan gula merah.. nak abiskan gula melaka lagi seketul tu.. sayang pulak duk tersimpan kan.. ehh jangan tak tahu adik2 opis ni makan sampai separuh bekas.. ngeee sedap la tu... aku rasa macam kurang menjadi jer.. takper nanti boleh buat lagi.. yang pasti tak manis tak tawar kira sedang2 lah.. Dah dah jom korang tengok bahan2 & cara2nya.. jap lagi daku banyak kerja nak buat ni.. ^____^

Bahan-bahannya :-
* 10 - 12 gram agar-agar bertali
* 4 cawan air
* 3 helai daun pandan
* 1 biji telur
* 1 cawan santan pekat
* 1 cawan santan cair
* 1 ketul gula melaka dalam anggaran 220 gram
* 1 sudu besar gula merah
* 1 sudu besar gula pasir
* 1/2 sudu kecil garam

Cara-caranya :-

Pukul telur bersama santan pekat, tapis dan ketepikan. Ini kerana untuk mengelakkan ketulan telur putih yang tak sekata apabila dimasak nanti.

Tekan mode stir fry noxxa. Masak gula melaka, gula merah dan gula pasir ke dalam periuk noxxa sehingga larut dan kemudian tapis. Masak agar-agar bersama air gula tadi bersama daun pandan sehingga cair.

Masukkan santan cair, garam dan kacau sebati. Kemudian masukkan bancuhan santan pekat yang dikacau dengan telur dan kacau sehingga mendidih. Teruskan mengacau selama 2-3 minit ketika mendidih. Ini supaya gumpalan hakus dapat terbentuk cantik

Tuangkan dalam loyang dan sejukkan.. 

Selamat Mencuba

Regards,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook