Resepi Noxxa

Daging Masak Lemak Cili Padi Noxxa

4:30 PM

Sebelum aku balik hari ni meh aku nak share 1 resepi minggu lepas.. adehh tu la draft banyak2 sampai terlupa entri ni.. Agak lama aku tak makan masak lemak ni.. tu pun dalam otak dah terfikir nak makan masak lemak ayam.. sekarang ni tekak aku a.k.a selera nak makan pedas-pedas.. kalo blackpepper kena letak banyak2.. ko dah kenapa!!! hahaha pehtu mula la lengan jadi sado women wehh.. lengan kemeja dah ketat!! ohemgee.. takut pun ada ni.. tapi bantai makan jugak.. masalah betul kalo rajin masak.. masalah jugak kalo tak masak kan.. haiyaaa dah tengok bahan2 & cara2nya.. psstt aku ubah2 skit yer sebab aku kalo tak letak bawang mawang ni macam pelik.. kalo ikutkan masak lemak memang takder bawang yer.. cili padi + kunyit jer.. hermmm pelik betui.. tapi sedap sungguh!!!.. hahhahah

Bahan-bahan :-
* Daging dipotong kecil
* Kentang dibelah 4
* Cili padi
* Bawang besar
* Sedikit halia
* Serai
* Serbuk kunyit / kunyit hidup
* Santan 
* Asam keping

Cara-caranya :- 

Blenderkan cili padi, bawang besar, serai, serbuk kunyit dan halia sehingga lumat. 

Kemudian masukkan bahan blender ke dalam noxxa, masukkan daging, kentang dan serai yang dititik. kacau sehingga sekata.. Tutup periuk noxxa dan HP selama 15 minit.. kalo daging korang tak lembut lagi korang tambah la masa lagi yer..

Selepas 15 minit HP, release wap dan tekan mode stir fry. Masukkan santan, asam keping, garam serta pak aji.. kacau sehingga mendidih dan jangan sampai pecah minyak.. 

Selamat Mencuba...

Regards,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook