Product Review

Product Review | Dashing Men In Action

10:00 AM

Kalau sebut jenama Dashing aku dah terbayang bedak dan perfume lelaki yang harum tu dan aku boleh bau kejantanan terserlah kalau lelaki yang memakainya.. hahahha bukan main tau.. ^___^ Jangan tak tahu lelaki sekarang lebih detail menjaga kulit wajah kerana penampilan diri setiap lelaki agar mereka lebih berkeyakinan diri dalam semua perkara. Jadi, tak kira lah anda masih bujang malah yang sudah berkawin wajib menjaga kulit muka agar anda nampak sentiasa kacak, kemas dan bergaya. Kalau kulit muka anda tidak dijaga dengan rapi mesti semua wanita reject anda bukan?? 


Okey baru-baru ni Dashing telah memperkenalkan rangkaian pembersih muka baharu yang diinspirasi dan di sokong oleh Manchaster City Football Club. Selain itu, rangkaian pembersih ini juga khusus untuk kulit orang-orang Asia dan juga kandungan yang terperinci di dalam setiap pembersih Dashing boleh menangani masalah kulit yang dihadapi oleh semua para lelaki. 

Produk Dashing yang dimaksudkan adalah rangkaian yang terdiri daripada lima produk yang hebat dan setiap daripadanya direka khas untuk melawan masalah kulit yang dihadapi oleh para lelaki. 

Dashing Men In Action terdiri dengan lima produk yang berlainan. 

ICY FRESH : Dashing Icy Fresh mengandungi Ice Glacier Water (air ais glasier) untuk kesegaran segera dan hidrasi kulit. Ia memberikan kesegaran berpanjangan dan sensasi kesejukan kepada kulit dengan melegakan haba berlebihan secara pantas 

OIL CLEAR : Dashing Oil Clear diformulasi dengan kandungan rahsia arang buluh yang menyingkirkan kotoran & minyak berlebihan daripada kulit menjadikan wajah bebas minyak dengan berkesan. Memberikan perlindungan terkuat daripada minyak. 

EXTRA WHITE : Diformulasi bersama tumbuh-tumbuhan pergunungan Alp Switzerland, Dashing Extra White memberikan anda kulit lebih ringan, cerah & tona sekata. Ia turut dilengkapi perlindungan UV bagi mengelakkan bintik-bintik gelap. 

ACNE FREE : Hapuskan jerawat bersama Dashing Acne Free yang diformulasi istimewa dengan Zink & Lempung (tanah liat) bagi melawan akne penyebab bakteria. Ia turut menjadikan kulit licin dan sihat dari luaran sekali gus memberi pembersihan pantas kepada kulit! 

WHITENING SCRUB : Dashing Whitening Scrub diformulasi dengan garam laut yang membersih jauh ke dalam dan membantu proses pengelupasan bagi memberikan tona kulit lebih sekata. Ia juga membantu membuka liang pori, menyingkirkan kekotoran dan bintik hitam.

Pembersih muka Dashing ini juga boleh didapati dalam pek 100 g pada harga RM10.90 manakala 50 g pada harga RM6.90 sahaja.


Sekarang Dashing sedang menjalankan peraduan di seluruh Negara dan memberi peluang kepada 11 pemenang bertuah untuk menikmati jelajah 6 hari 5 malam ke Manchester, UK secara percuma! Jelajah ini akan meliputi 3 hari di kem latihan di City Football Academy bersama-sama para jurulatih Akademi dan anda akan peluang mendekati para pemain pasukan pertama, jelajah di Etihad Stadium dan juga tidak ketinggalan tiket VIP bagi menonton perlawanan secara langsung (LIVE) di antara Manchester City FC dan Manchester United pada 19 Mac 2016. 

Mudah saja untuk menyertainya, anda haruslah beli mana-mana produk Dashing atau Elite, kemudian hantar SMS ringkas bagi menyertai peraduan ini yang akan berakhir pada 31 Disember 2015

Untuk makluman lanjut boleh layari Facebook Dashing

Regards,
/>

You Might Also Like

4 Comments

  1. sedap bau dashing nieh...bau lelaki sejati gitu...tak heavy sgt bau die kan jue....

    ReplyDelete
  2. ehehe lelaki pun kemain kan produk depa skrang eheh..

    ReplyDelete

Like us on Facebook