Resepi Noxxa

Ayam Ungkep Noxxa

10:01 AM

Kalau resepi viral kat FB mama mesti cuba.. dah namanya perempuan suka masak mesti cuba lah betul tak?? Tapi mama advance skit masak dalam noxxa.. hehehe.. dah lama tengok resepi ni lalu kat newsfeed fb.. memang terguda jugak la tengok.. resepi ni senang takder guna santan.. nampak ayam ungkep ni macam ala2 rendang kan.. so cuma umah mama takder segala ketumbar, jintan manis & putih.. hehehe mama ni memang tak berapa nak reti beza jintan manis dan putih sebab sama jer mama tengok bentuk dia.. nak suruh bau tetap la sama.. melainkan mama tengok dekat peket tu tulis jintan manis baru kenai.. loklaq sangat mama ni.. hahaha.. ehh ayam ungkep ni berasal dari jawa ehh?? Tak kesah la jawa ker utara ker pantai timur ker yang pasti mama dah buat okey.. rasa sedap sangat.. kalo makan dengan nasi impit memang ummphhh. Dah macam raya pulak!! Tapi biasa lah en laki suruh mama buat kuah bagi banyak skit.. dia memang hantu kuah.. dah jom kita tengok bahan2 dan cara2nya... 

Bahan-bahan :-
* Ayam
* Serai yang dititik
* Asam Keping

Bahan-bahan kisar :-
* 1 biji bawang besar
* 3 ulas bawang putih
* 3 biji bawang merah
* Halia
* Kunyit hidup
* Cili padi
* 2 sudu besar biji ketumbar
* 1 sudu kecil jintan manis
* 1 sudu kecil jintan putih

Cara-caranya :-

Kisar bahan-bahan kisar sehingga hancur.

Tekan mode stir fry, panaskan minyak dalam noxxa. Tumiskan bahan kisar dengan serai yang dititik. Tumis sehingga pecah minyak dan agak kering sedikit.

Masukkan ayam, asam keping dan sedikit air. HP kan selama 5 minit. Setelah 5 minit, releasekan wap dan tekan mode stir fry. Kemudian masukkan garam serta perasa, kacau seketika. Masak sehingga kuah sedikit pekat. 

Siap Ayam Ungkep Noxxa

Selamat Mencuba

Love,
/>

You Might Also Like

4 Comments

  1. kita tak ada noxxa tak dapat buat la hihihi

    ReplyDelete
  2. Ekin takper buat atas kuali pun boleh.. cuma lama skit lah..

    ReplyDelete

Like us on Facebook