Resepi Noxxa

Nasi Minyak Noxxa

3:32 PM

Hari ni mood mama rajin skit.. skit jer lah.. sebab nak ngamkan dengan udang berempah.. resepi udang berempah next entri ya.. dah berempah2 mesti kena makan nasi minyak baru kena kan.. 1 g mama kena abiskan rempah2 yang beli kang tak guna ada orang bising.. haishhh keja kena bising jer.. pppffftt.. hahaha dah ngarut ni... dah jom tengok bahan2 dan cara2 masak nasi minyak.. yang penting 7 minit uolls dengan noxxa.. yang penting cepat dan pantas.. 

Bahan-bahannya :-
* 4 cawan noxxa beras
* 4 cawan noxxa air
* 2 helai daun pandan
* 1 batang serai
* 3 biji bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* Seinci Halia
* Sekotak kismis hitam
* 3 sudu besar minyak sapi
* 3 sudu besar susu cair
* Kulit kayu manis
* 3 biji bunga lawang
* 5 biji bunga cengkih

Cara-caranya :-

Panaskan minyak dalam periuk noxxa. Tekan mode stir fry. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, serai, rempah ratus serta daun pandan sehingga wangi.

Setelah itu, masukkan beras, air dan susu. Masukkan garam dan kismis, kacau hingga sebati. Tutup periuk noxxa dan tekan HP selama 7 minit.

Setelah 7 minit, biarkan bunyi bep bep sehingga berhenti dan releasekan wap. Gaul nasi seketika.. Siap nasi minyak noxxa..

Selamat Mencuba

Love,
/>

You Might Also Like

10 Comments

Like us on Facebook