Product Review

Refinity Acne Hydrogel - Merawat Jerawat Sepantas 24 Jam!

11:42 AM

Wanita dan jerawat memang sinonim tidak dapat dipisahkan. Tapi bukan sahaja wanita, malah lelaki pun sama mempunyai masalah jerawat di muka. Jerawat boleh menyebabkan seseorang rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai. Macam mama pun umur hampir 30+ masih lagi bermasalah dengan jerawat di muka. Hahaha macam kelakar jer kalau orang dengar. Dah tua masih lagi berjerawat macam muda remaja belia gitu. Hehehe..

Banyak faktor kenapa tumbuhnya jerawat di muka seperti penggunaaan alat solek yang tidak bersih, jangkitan bakteria, pemakanan dan stress. Macam mama memang mempunyai kulit yang agak sensetif, kalau mama tersalah makan kekacang, makanan berminyak dan makanan pedas boleh mengakibatkan jerawat tumbuh di muka mama. Kadang-kadang kalo mama time stress mahupun datang bulan lagilah makin banyak jerawat tumbuh bermaharajalela. 


Meh ni mama nak kenalkan produk Refinity Acne Hydrogel yang diformulasi oleh Ahli Farmasi Malaysia dari herba asli terbaik iaitu Salix Alba Extract yang sangat efektif merawat jerawat dan parut jerawat. Selain itu, ia juga mempercepatkan proses pemulihan kulit dengan cara memudarkan kesan parut jerawat seperti parut dan kedutan sekaligus mencantikkan struktur kulit.

Bahan-bahan yang terkandung dalam Acne Hydrogel :-
- Aqua
- Salix Alba Extract
- Glycerine
- Phenoxythanol
- Triethanolamine
- Propylene Glycol
- Acrylates / Beheneth-25 Methacrylate Copolymer


Acne Hydrogel sangat fokus pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin bersih sepantas 24 jam. Selain itu, Acne Hydrogel juga dapat mencegah daripada jerawat, merawat parut jerawat dan memperbaiki kulit yang bermasalah serta memutihkan wajah anda. 

Kulit muka mama sebelum menggunakan Acne Hydrogel. Kulit muka mama tidak sekata, kusam dan bekas parut jerawat di muka. So, mama cabar diri untuk menggunakan Acne Hydrogel selama seminggu.

Cara penggunaannya sangat mudah :-
  1. Bersihkan muka dan keringkan.
  2. Sapukan sedikit Refinity Acne Hydrogel pada kawasan berjerawat.
  3. Gunakan pagi dan malam atau sekerap yang diperlukan.
Hampir seminggu pakai Refinity Acne Hydrogel. Bekas parut semakin pudar. Tona kulit semakin sekata. Hahh abaikan jerawat baru muncul di dahi. Jangan risau dengan adanya Acne Hydrogel jerawat akan hilang sepantas 24 jam!

Kalo korang nak tengok lebih testimoni Refinity Acne Hydrogel korang tekan sini TESTIMONI REFINITY ACNE HYDROGEL

Keistimewaan Acne Hydrogel :-
Diasaskan dari herba asli
✔ Bebas dari bahan kimia
✔ Sesuai untuk semua kulit termasuk kulit yang sensetif
✔ Mempunyai Sijil Good Manufacturing Practices (GMP)
✔ Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia 
✔ Persatuan Pengguna Islam Malaysia 
✔ Diyakini Halal 
Dijamin keberkesanannya

Harga sebotol Acne Hydrogel RM90.00
Tapi harga PROMO 1 botol RM70.00, beli 2 botol RM130.00

Untuk maklumat lanjut tentang Refinity Acne Hydrogel, boleh layari www.refinity.com.my

Love,
/>

You Might Also Like

2 Comments

Like us on Facebook