Blogger Review

Majlis Pelancaran Bersama Dato' AC Mizal & Kartunis Ubi

9:07 AM

Pada 17 Februari 2016 baru-baru ni, mama dapat jemputan untuk satu Majlis Sidang Akhbar & Pelancaran bersama Dato' AC Mizal dan Kartunis Ubi di Hotel Pullman Putrajaya. Buat julung kalinya, kerjasama bersama antara OMGFest Ventures dan Peaceyall.FM telah mengadakan 3 sidang media untuk mewawarkan 3 pelancaran pada petang tersebut iaitu :

Majlis Sidang Akhbar & Pelancaran "Karnival Peaceyall"

Buat pertama kalinya radio online interaktif pertama yang dimiliki oleh Dato’ AC Mizal akan mengadakan satu karnival besar-besaran sempena mempromosikan dan meraikan peminat-peminat setia stesen Peaceyall.FM di seluruh Malaysia yang akan bermula di Melaka pada 2 – 3 April 2016 bertempat di Dataran Ayer Keroh, Melaka dan diikuti di Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Johor dan berakhir di Kuala Lumpur.


Karnival ini akan memberi kelainan kerana ia menekankan konsep yang santai dan beriadah bersama seisi keluarga. Dengan ini lebih 150 usahawan-usahawan yang terdiri dari artis dan selebriti akan memeriahkan karnival ini dengan jualan produk terkini serta harga yang berpatutan.

Selain itu kerjasama bersama OMGFest Ventures, merancangkan aktiviti menarik seperti ujibakat mencari VJ Peaceyall.FM, persembahan menarik dari VJ dan selebriti dan juga tidak ketinggalan dari Dato’ AC Mizal sendiri. Bukan itu saja, karnival selama 2 hari ini adalah yang pertama akan dipancarkan dan dipertontonkan secara langsung atau “live streaming” ke seluruh dunia melalui aplikasi Peaceyall.FM

Bagi yang berminat untuk menjadi antara usahawan di Karnival Peaceyall boleh hubungi :

Telefon : 011-2626 1656 (Daz) / 019-279 6275 (Lieza)
Facebook : OMGFEST2014
Laman Web : Peaceyall.FM
Download Aplikasi : Peaceyall FM

Pelancaran Permainan Aplikasi "DAC Peaceyall" Oleh Dato' AC Mizal

“DAC Peaceyall” merupakan permainan alaf baru yang telah diilhamkan oleh Dato’ AC Mizal adalah satu platform baru yang dibuat untuk menarik minat pemain “games” tegar dimana ia dihasilkan dengan latar belakang yang trendy dan catchy. Bukan itu saja, aplikasi ini juga membolehkan anda membeli produk wangian keluaran Dato’ AC Mizal tanpa perlu risau untuk mendapatkan produk beliau ini. Selain itu, pelbagai hadiah menarik dan kejutan bakal anda alami dengan aplikasi permainan ini.


Selain dapat bermain aplikasi permainan “DAC Peaceyall” ini, anda boleh mendengar terus ke stesen Peaceyall.FM yang memberi hiburan terkini lagi sensasi. “DAC Peaceyall” boleh dimuat turun dengan percuma di Google Play Store dan Apple Apps Store.

Games lain dari yang lain.. Layan.. best tau asyik Peaceyall jer.. hahaha

Pelancaran Komik "Skoolastik" Oleh Kartunis Ubi Majlis 

Masih ingat lagi komik "Ujang", pasti ada kenal dengan kartunis Ubi yang telah buat "come-back" dengan hasil karya komik terbaru berjudul "Skoolastik". "Skoolastik" mempunyai cerita yang sangat menarik, lucu, penuh dengan nasihat dan tauladan. Ini bertujuan agar menaikkan "trending" membaca komik terutamanya kalangan remaja masa kini yang lebih cenderung ke arah gadget dan teknologi sehingga komik kartun tempatan dilupakan.


Komik "Skoolastik" ini dengan 100 muka surat dan harga RM19.90 senaskah. Anda boleh dapatkan secara online di www.kedai.kartunisubi.com atau di semua cawangan kedai buku seluruh Malaysia.

Info lebih lanjut boleh layari media sosial :-
Laman Web : Kartunis Ubi
Facebook : Kartunis Ubi
Instagram : @kartunisubi

Alhamdulillah selesai 3 pelancaran pada petang tersebut dengan penuh gelak ketawa. Ye lah anda semua sedia maklum siapa tak kenal dengan telatah lawak Dato' AC Mizal yang tak kering gusi membuatkan Majlis petang itu berjalan dengan lancar dan sangat happening. 

Dato' AC Mizal menandatangani dengan ini selesai 3 pelancaran pada petang itu.

Antara blogger yang memeriahkan majlis pelancaran tersebut. 

Terima kasih kepada pihak OMGFest Ventures, Peaceyall.FM, Kartunis Ubi serta Dato' AC Mizal & Datin Emylia Rosneida kerana menjemput Mama Jue hadir ke majlis sidang akhbar. Dan tak lupa jugak kepada Hai Blogger iaitu Halim Brothers kerana menjemput mama untuk sama-sama menjayakan sidang akhbar ini. 

Credit Picture yang cantik dari Feeqsays.com

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook