Resepi

Resepi Nona Manis

9:38 AM

Gigih tau mama pulun buat kuih nona manis ni.. Dah lama kuih ni viral dari tahun lepas lagi.. tapi mama belum ada masa nak buat sebab acuan lompang tak dak.. alasan sungguh kan!! nak beli kuih nona manis sapa lah jual.. ada yang jual tapi semua duk jauh.. so pendam la mama nak buat kuih nona manis ni.. 

Last week mama beli acuan lompang kat kedai rakan.. kunun nak buat.. padahal resepi tak tau macam mana lagi.. kemarin mama rajin buat tengok ehh senangnya tapiiiii mak aihh banyak giler bahan ABC.. ppffftttt nyesal mama.. dah alang2 buat kena la buat sampai perabih.. sapa nak perabihkan kalo bukan mama yer dok!!.. en papa siap tanya ma jadi ker ni.. cisss jadi ker tak jadi ker masuk mulut jugak kan.. 

Tapi mama nak mengaku siap2 ni lah pertama kali mama buat dan kali terakhir mama buat.. kahkahkah.. sebabnya giler penat hokey!! tobat tak mau buat dah.. T__T nangis tau pehtu dapat 36 cawan lompang jer 1 adunan ni.. dah la mama kukus guna steam it tupperware jer.. malas pulak nak keluarkan periuk kukus besar2 tu... Hahahah ehh korang nak resepi & caranya2 tengok kat bawah ni yer.. so korang selamat mencuba.. mama memang peram terus resepi ni kat dalam blog mama.. :p

Bahan A :-
* 1 biji telur
* 1/2 cawan gula halus
* 1 cawan santan  ~ campur santan kotak dg sedikit air jadikan 1 cawan
* 1 cawan tepung gandum

Bahan B :-
* 1/2 cawan santan pekat
* 1/2 cawan air daun pandan ~ ambil 5 helai daun pandan dan kisar dengan 1/2 cwn air dan tapis
* 1/4 cawan gula halus
* 1/4 cawan tepung jagung
* Secubit garam
* Sedikit pewarna hijau apple

Bahan C :-
* 1 cawan santan pekat ~ guna 1 kotak santan dicampur sedikit air dijadikan untuk 1 cawan
* 1 sudu besar tepung gandum
* 1 sudu besar gula pasir
* 1/2 sudu kecil garam halus

Cara-caranya :-

Pukul telur hingga kembang atau boleh juga dikisar dengan blender. Dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata. Akhir sekali, tuangkan adunan telur ke dalamnya dan pukul atau kacau rata. Saya kisar dengan blender. Bila dah siap ketepikan

Satukan gula, tepung jagung, garam dan sedikit pewarna hijau. Kemudian masukkan santan yang dicampur dengan air daun pandan. Kacau sampai rata dan tidak berbintil-bintil. 
Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, berkilat dan sedikit pekat. Angkat dari dapur dan biarkan sehingga suam suam kuku.

Tuangkan adunan A ke dalam adunan B. Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin. Saya kisar dengan blender bagi menjadikan adunan yang sebati. 

Satukan semua bahan C dan kacau rata. Kemudian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat.

Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih. Balut tutup kukusan dengan kain supaya air pada tutup kukusan tidak menitis pada kuih. Masukkan bahan C dalam piping bag atau bag plastik (bahagian hujung bag plastik). Sediakan acuan lompang yang kecil, oleskan acuan lompang dengan minyak jagung.

Tuangkan adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang. Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau sehingga adunan naik memenuhi acuan cawan lompang. Kukus selama 7 hingga 10 minit. Angkat dan biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan.

Siap Nona Manis yang comel ni...


Love,
/>

You Might Also Like

8 Comments

  1. dh lamanye xmakan kuih nie..sedapnye jueeeee...

    ReplyDelete
  2. WAHHHHHHHHHHHHHHHHHH dah try buat...menjadi dgn lawooo plak tu....akak ade tgk org buat..viral kat fb..mmg teliur tgk ...tapi akak ko ni bab kuih2 mmg slowwww nak buat huhuhu

    ReplyDelete
  3. aaaa bnyk nyer bahan!!! memang tak laaaa ko ye la rajin giler kot! respek!

    ReplyDelete
  4. tak rajin nak buat kita beli je hihi
    memang sedap

    ReplyDelete
  5. Akak baru tau pasal kuih ni. Punya la ketinggalan zaman :)

    ReplyDelete

Like us on Facebook