Resepi

Resepi Tiramisu Simple

1:16 PM

Selamat petang.. yeaa dah hantar Qebal g sekolah.. nasib la tak panas sangat hari ni.. Sabtu baru-baru ni mama teringin giler nak makan tiramisu.. nak makan cheese.. fuhhh sedap kalo makan cheese ni sejuk2.. so google jer resepi hat mudah2 yang tak payah guna telur.. so jumpa resepi ni.. ala bersepah kat google.. rajin tak rajin jer korang nak buat kan.. rasanya mama yang baham makan sorang2 tiramisu ni.. Qebal Qeram makan skit jer.. hehhh depa ni nak kasi mama depa demok gamaknya... modal beli ntah tak ingat tapi tak sampai la RM25.. Dah jom la korang tengok bahan2 & cara2nya... jap lagi mama nak makan sambil tengok tv.. hahahah bagus sangat ni..

Bahan-bahan :-
* 1 peket biskut lady finger
* 250 gm cream cheese
* 250 ml whipping cream 
* 1/2 cawan gula
* 1 cawan air nescafe
* serbuk koko untuk hiasan

Cara-caranya :-

Pukul gula, cream cheese & whipping cream sampai kembang. 

Celup biskut lady finger ke dalam air nescafe & kemudian susun ke dalam bekas.

Sapukan adunan cream cheese tadi ke atas biskut, kemudian taburkan serbuk koko. Ulang step ni sehingga penuh bekas.

Simpan ke dalam peti ais sehingga 4 jam.. Kemudian boleh lah makan..

Selamat Mencuba

Love,
/>

You Might Also Like

7 Comments

Like us on Facebook