Resepi Noxxa

Udang Berempah Noxxa

10:03 AM

Morning... ok hari ni memang blur nak update apa. Tengok kat draft ada banyak lagi resepi yang belum di update. Yer la update pun guna tab kan, so kemut skit la nak update selaju pc.. hahaha.. gigih mama ko ni update guna tab siap attach gambar lagi.. korang mampu tak.. last month ada la 11 entri utk bulan january.. haiyoo kemon mama teruk sangat untuk permulaan tahun 2016.. takper tunggu ada pc mama update sepantas kilat.. ewahh.. dah jom tengok bahan2 dan cara2 buat udang berempah.. hahaha baru berani main dengan rempah ratus yer.. haipp korang jangan gelak mama debik karang!!! Kekeke

Bahan-bahannya:-
* Udang
* 3 biji bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 1 biji bawang besar
* sebatang serai
* 2 tangkai daun kari
* 1 sudu besar serbuk cili - mama guna cili kisar
* 1/2 sudu besar serbuk kunyit
* 1 sudu besar biji ketumbar *
* 1/2 sudu besar jintan manis *
* 1/2 sudu besar jintan putih *

Cara-caranya :-

Bahan yang bertanda * perlu disangai kering sehingga garing untuk mendapatkan aroma yang wangi. Kemudian kisar kesemua bahan tadi. Ini adalah rempah untuk dilumur pada udang.

Masukkan bahan rempah yang dikisar, garam dan gula. Gaulkan hingga sebati dan perapkan selama 1 jam. 
*alternatif lain boleh juga tumbuk bawang putih, merah serta serai dan digaul bersama dengan udang.

Panaskan periuk noxxa, tekan mode stir fry. Tumiskan semua bawang dan daun kari sehingga wangi.

Kemudian masukkan cili kisar dan serbuk kunyit serta sedikit air. Setelah itu masukkan udang dan cili padi. Gaul sehingga sekata. 

Siap udang berempah noxxa. Ikut suka korang kalo nak buat kering or berkuah.. ;)

Selamat Mencuba

Love,
/>

You Might Also Like

8 Comments

Like us on Facebook