Resepi

Resepi Cream Puff With Custard Vanilla Filling

3:21 PM

Dek kerana mama ada rajin skit.. ni mama update resepi cream puff yang ntah bila buat ni.. yang pasti sedap2.. hahaha angkat bakul sendiri.. pernah buat sebelum ni tapi serupa apa terus malas nak buat.. dek kerana mengidam cisss asal mengidam jer kena buat.. so mama bikin la cream puff ni.. tapi 2 beranak jer makan.. Qebal 1 biji pehtu tak nak dah.. nyampahhh.. Nah mama bagi resepi & cara-cara buat cream puff montel + gebu gebas!!.. Hahhaha...

Bahan-bahan :-
* 125 gram butter
* 250 ml air
* 150 gram tepung gandum diayak
* Secubit garam
* 4 biji telur
* 1 Sudu kecil esen vanilla 

Bahan-bahan custard vanilla :-
* 2/3 cawan susu segar
* 1 camca besar tepung custard
* 1 camca besar gula halus
* 1 camca teh esen vanilla 
* 1 camca teh mentega
* secubit garam

Cara-cara untuk custard vanilla :-

Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Gaul sehingga rata menggunakan whisk. Masak di atas api yang sederhana. Teruskan mengacau sehingga kastard agak kental. Biar sehingga sejuk.

Cara-cara untuk cream puff :-

Masukkan butter dan air ke dalam periuk. Didihkan butter & air sehingga butter terlarut

Setelah terlarut masukkan tepung gandum dan kacau laju-laju sehingga tepung tak melekat pada periuk. Kemudian tutupkan api.

Dalam bekas lain, tapi mama malas nak guna banyak bekas.. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau sehingga telur sebati dengan tepung doh tadi. Ulang sehingga telur habis.. kemudian masukkan esen vanilla.

Hahh korang kacau sehingga kental macam ni okey. Bleh tahan lenguh lengan jugak la..

Kemudian masukkan adunan cream puff ke dalam piping bag.. Gunakan nozzle piping bunga.. dek kerana tak jumpa mama bedasah nozzle yang ada.. pasrah la rupa nya macam tu!! Selepas piping macam ni korang renjis-renjis la air ke atas cream puff tu yer..

Bakar dalam oven dengan suhu 200'c selama 25 minit. Dan ini hasil keluar dari oven.. Yeaa berjaya.. montel & gebu gebas u..

Potong cream puff dan picitkan custard vanilla ke dalam dia.. Tak menahan cream puff tu melimpah ruah keluar filling dia.. Lupa plak nak tabur gula icing kat atas cream puff tu.. Apa ada kesah masuk mulut jugak...


Selamat Mencuba..


Love,



/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook