Food Review

Food Review | Pretz n' Beanz

9:10 AM

Korang pernah dengar Pretzel Pizza pertama di Malaysia?? Tak pernah dengar? Meh ni mama nak bagitau satu tempat makanan terbaru di Kuala Lumpur. Pada Rabu lepas mama dapat jemputan untuk food review di Pretz n' Beanz cafe di Solaris Mount Kiara. Thanks to Emi sebab invite mama.. ^___^

Pretz n' Beanz Cafe merupakan cafe yang santai & chill bagi pandangan mama. Dengan gabungan Pretz & Beanz bermaksud kepada "pretzel" dan "coffee". Oleh itu, cafe ni memang menjual roti pretzel, coffee dan lain-lain lagi serta siap boleh sarapan pagi lagi tau.. Nak tahu apa yang ada disini meh ni mama nak citer apa yang menarik di Pretz n' Beanz cafe.

Menu book Pretz n' Beanz.. Kalo korang perasan logo cafe ni ada karakter bahasa cina  (ren) yang bermaksud orang atau manusia disamping gabungan gambar pretzel dan biji kopi.

Susun atur yang santai... Ada 2 pilihan samada di dalam atau di luar. Tengok la sofa tu membuatkan nak duduk sambil menikmati pretzel & coffee dengan keadaan boleh terlentok di sofa..


Chef sedang buat pretzel bermakna korang dapat menikmati pretzel dalam keadaan panas. So memang homemade abis la pretzel ni. 

Air pilihan mama & en papa juice sebab keadaan mama tak leh ambik cafein.. So pilihan air en papa carrot juice & lemon breeze dengan gabungan apple + lemon + honey untuk mama.. sangat sedap rasa masam-masam memang menyegarkan tekak mama..
Carrot juice [RM11.50] & Lemon Breeze [RM13.50]

Hidangan terbaru di Pretz n' Beanz cafe iaitu Penne Chicken Bolognese with Meatball memang yummie sangat dengan rasa meatball yang fresh dengan gabungan kuah tomato & mozarella cheese memang super sedap. Yang ni korang patut cuba okey!!
Penne Chicken Bolognese with Meatball [RM25.90]

Ok kalo korang dengar pretzel mesti teringat Auntie Anne's bukan? Macam mama pun memula dengar otak terus fikir macam tu. Tapi yang ni lain hokey.. lainnya adalah pretzel disini dibuat sendiri oleh chef setiap hari kerana mereka mementingkan rasa homemade dalam pembuatan pretzel tersebut. Dan satu lagi pretzel ni besar giler!!. hahaha selalu tengok comel-comel jer.. ini kalo sorang makan memang jenuh nak abis. Ehh jangan tak tahu pretzel ni sangat lembut tau!! kalo dah sejuk pun still lagi lembut.. best betul tau pretzel ni... sangat lain dari yang lain...

Terdapat 7 pilihan pretzel iaitu plain, sesame sugar, parmesan cheese, cinnamon sugar, original, chocolate peanut crunch & chocolate cookie crunch. Semua pretzel didatangi dengan sos dipping flavour iaitu caramel, chocolate, cream cheese, sour cream & onions.

Best recommended Basil Cheese. Pretzel ni sangat sedap tau.. korang patut cuba 
Pretzel Basil Cheese [RM7.30]

Pretzel Cinnamon Sugar [RM6.25]

Pretzel Pamesan Cheese [RM7.30]

Pretzel Chocolate Cookie Crunch [RM8.35]

Selain pretzel diatas, korang harus cuba set Pretz n' Stew with Green Curry Chicken. Mini pretzel yang dihidang dengan green curry chicken memang korang akan rasa curry yang sangat creamy dan sedikit pedas memang rasa satu kelainan apabila dimakan bersama!! 

Pretz n' Stew with Green Curry Chicken [RM17.90]

Ok ini yang mama nak cerita yang paling menarik disini, ada satu kelainan di Pretz n' Beanz cafe ni iaitu Pizza Pretzel Pertama di Malaysia. Wahhh menarik sangat dengar!! yer sangat menarik kerana pertama kali di Malaysia, pizza dibuat dengan menggunakan doh pretzel. Ia sangat lain dari Pizza yang lain. Dengan kelembutan pizza pada setiap gigitan dan membuatkan korang akan nak makan lagi!! serius sedap... hahh pizza ni kalo dah sejuk roti pizza still lembut tau!! sampai sekarang mama masih teringat setiap gigitan pizza ni.. Mesti repeat lagi InsyaAllah... seriusly terbaik mama cakap!!

Recommended Choice!!
Pretzel Pizza Pepperoni Beef
7'' [RM16.85] & 10'' [RM23.20]

Yang ke dua pilihan kami malam tu adalah 
Pretzel Pizza Hot Pepper Chilli Chicken 
7'' [RM17.35] & 10'' [RM24.35]

Untuk hidangan pencuci mulut, kami mencuba Volcano Chocolate Cake with Ice Cream.. Ok ini yang teruja kalo nak potong kek ni kerana apabila potong kek ini, chocolate lava akan mengalir keluar memenuhi pingan. Siapa pengemar kek coklat boleh cuba hidangan ini, dengan rasa gabungan pahit coklat bersama ice cream vanilla akan mengekalkan rasa keseimbangan kek itu apabila dimasukkan ke dalam mulut.. Nak tengok limpahan coklat mengalir keluar dari kek ni korang kena datang sini dan cuba!!

Volcano Chocolate Cake with Ice Cream [RM13.65]

Antara blogger yang dijemput untuk food review pada malam tersebut.

Untuk pengetahuan korang, Pretz n' Beanz menawarkan kad keahlian kepada pengunjungnya dan menawarkan pelbagai faedah yang menarik diantaranya kopi dan pizza pretzel percuma pada minggu ulang tahun kelahiran korang. Akhir sekali terima kasih kepada pihak Pretz n' Beanz cafe kerana menjemput Mama Jue datang sini. 

 - Love Life, Love Coffee, Love Good -

Pretz n' Beanz
Solaris Mont Kiara
22, Jalan Solaris 4 Mont Kiara,
50480 Kuala Lumpur
Tel : 03-6204 9733 / 010-9507 932

Email : smk@pretznbeanz.com

Website | Facebook | Instagram 

Opening Hours :
Sunday - Thursday [7.30 am - 12.00 am]
Friday, Saturday & Eve of public holiday [7.30 am - 1.00 am] 

Love,
/>

You Might Also Like

9 Comments

  1. green curyy dorang syiok kan, pretzel memang booom

    ReplyDelete
  2. Green curry melelehhhhh. Jom ripit!

    ReplyDelete
  3. Green curry dia sedap gilossss...jom ripit! Hehe

    ReplyDelete
  4. Bila la dapat terjah kat sini.. Nampak sedap sangattt... Sobbs!! Hungryy

    ReplyDelete
  5. sedap nyeeeeeee...boleh nk makan sini dgn member nti...hehehe

    ReplyDelete
  6. nampak sedap je belom ada kesempatan nak pi kan

    ReplyDelete

Like us on Facebook