Product Review

TC Boy Makanan Dalam Tin Pilihan Ramai

8:54 AM

Korang tidak cukup masa untuk menyediakan makanan yang pantas dan menjimatkan masa untuk melakukan aktiviti seperti berkhemah, mendaki atau berkelah bersama keluarga? Jangan risau meh ni mama nak cadangkan makanan dalam tin yang sedap, lazat, menjimatkan masa dan super cepat untuk korang iaitu TC Boy.

Mesti ramai yang cakap makanan dalam tin tu tak bagus. Jangan tak tahu makanan dalam tin TC Boy ini mempunyai pasukan yang berinovasi dalam melakukan kajian dan kemajuan produk. Mereka sangat bersedia untuk mempelbagaikan produk yang terbaik kepada anda semua dengan produk yang sihat, bernutrisi dan mudah. Selain itu juga, produk TC Boy tidak mengandungi bahan pengawet dan tiada sebarang tambahan MSG.


TC Boy telah diasaskan sejak dari tahun 1991 dan bertapak di Malaysia setanding dengan makanan dalam tin yang lain. Selain Malaysia, TC Boy juga terkenal di Singapore, Thailand, Brunei, China dan Timur Tengah. TC Boy menawarkan pelbagai produk makanan seperti tuna, salmon, sardin, kacang panggang dan juga air kelapa laut.

Tuna dan Salmon yang diperbuat daripada ikan air sejuk yang segar dan baik untuk anda.

TC Boy Tuna dan Salmon kaya dengan :-
  • Omega 3 - mengandungi DHA dan EPA yang membantu meningkatkan kolestrol yang baik (HDL) dan mengurangkan kolestrol tidak baik (LDL)
  • Protein - Nutrien yang diperlukan oleh tubuh manusia untuk pertumbuhan dan pembaikkan tisu
  • Kalsium - memainkan peranan yang utama iaitu pembesaran tulang, pembekuan darah, mengurangkan kontraksi otot dan melancarkan saraf
  • Rendah lemak - membantu mengurangkan penyakit seperti penyakit jantung dan obesiti
Jenis Tuna dan Salmon TC Boy (180 g) :-
  1. Tuna Chunky Flakes in Vegetable Oil
  2. Red Salmon Salad (Spread Style)
  3. Tuna Sandwich Delite
  4. Tuna Real Mayonnaise
  5. Tuna Mayonnaise Spread Style
  6. Solid Tuna in Extra Virgin Olive Oil
  7. Solid Tuna in Spring Water
  8. Tuna with Chilli Padi
  9. Solid Tuna in Vegetable Oil
  10. Solid Tuna in Sunflower Oil
  11. Solid Tuna in Brine

Sardin & Mackerel - TC Boy Sardin & Mackerel adalah sumber yang sangat baik seperti vitamin D dan B12. Ia juga kaya dengan Omega 3 dan protein. Untuk produk ini ia sangat mudah dimakan dengan roti atau dipanaskan semula serta boleh dimakan dengan nasi atau spaghetti.

Jenis Sardin & Mackerel TC Boy :-
  1. Fried Mackerel in Chilli Sauce 155g
  2. Mackerel in Tomato Sauce 425g
  3. Sardines in Tomato Sauce 155 g & 425g
Selain daripada diatas, TC Boy juga mengeluarkan kacang panggang iaitu Baked Beans in Tomato Sauce serta buah kelapa laut didalam tin yang mengandungi perasa Sea Coconut in Honey & Syrup.

Dan paling menarik, produk TC Boy adalah HALAL yang telah disahkan oleh pihak JAKIM. So, korang jangan risau bab halal ni dijamin selamat!!

Menu ringkas yang mama buat menggunakan makanan dalam tin TC Boy. Memang mudah, cepat dan pantas untuk menyediakan makanan dikala korang tidak punyai masa. Kini korang tidak perlu rungsing lagi untuk menyediakan semua makanan ini dengan sekelip mata. Yang pasti ia sangat menarik buat anak-anak korang. Selain itu, makanan dalam tin ini boleh terus di makan begitu saja ataupun boleh juga dimasak dengan pelbagai masakan dengan menggunakan makanan dalam tin TC Boy. 

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.tcboy.com 


Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

Like us on Facebook