Resepi

Resepi Ayam Masak Merah

11:18 AM

Dah agak lama mama tak masak ayam masak merah ni.. resepi ni dari mama ma kat kedah.. cara mama masak agak berbeza skit sebab mama letak santan.. kalo mak mertua masak ayam masak merah dia letak tomato puree.. kan beza tu.. cara orang lain mama tak sure.. mama ma kat kedah buat macam ni so belajar dari dia skit2 lah.. Sekarang nak makan kena fikir yang boleh lalu tekak.. preggy kali ni agak cerewet tang makanan.. tak boleh lagi makan ikan sotong udang.. hari2 menghentam makan ayam daging dah naik jemu tau.. so kemarin nak merasmikan kuali baru yang beli kat Ikea so mama bikin ayam masak merah.. Jom tengok bahan-bahannya..

Bahan-bahannya :-
* 1/2 ekor Ayam diperap dengan garam kunyit
* Cili kisar
* 1 biji bawang besar
* 5 ulas bawang putih
* Sedikit halia 
* 2 batang serai
* 1 mangkuk santan

Cara-caranya :-

Goreng ayam sehingga separuh masak dan ketepikan. 

Kemudian kisar cili kisar, bawang besar, bawang putih, halia dan sebatang serai.

Kemudian tumiskan bahan-bahan kisar bersama sebatang serai yang dititik sehingga pecah minyak. 

Masukkan santan dan ayam yang digoreng tadi dan masak sehingga pecah minyak lagi dan biarkan kuah agak sedikit pekat. Masukkan garam, gula serta perasa. Nanti korang seimbangkan rasa gula & garam tu yer.. 

Boleh dimakan bersama nasi tomato atau nasi impit.. 

Selamat mencuba...

Love,
/>

You Might Also Like

5 Comments

  1. wowww mama masak sedap la...add on santan ye..nanti nak cuba resepi mama ni sedap lahaiii

    ReplyDelete
  2. hmmmm nyum nyum...
    aida buat masak merah ayam takde santan :)
    resepi emak.
    tapi emak mertua aida add on santan.
    ok jer. sedap!

    ReplyDelete

Like us on Facebook