Resepi

Resepi Bayam Tumis Goreng

12:51 PM

Hahh tu mama update resepi bayam tumis goreng ni mesti orang kata hek eleh mama ni sayur simple gini pun nak update.. korang jangan tak tahu ada dalam dunia ni ada jugak yang tak tahu masak tau.. mama tahu siapa orang tu dan biarlah rahsia siapa orangnya.. hahahha.. terkejut tau mama tengok orang tu tak tahu masak.. takper mama update nak bagi memudahkan orang belajar dan mencuba masak.. kalo dia stalk blog mama ok la tu.. at least mesti dia cuba masak kan.. masak ni mudah jer sebenarnya.. sapa kata susah habaq mai... 

Mama pun malas nak masak sayur bayam, kangkung, ala-ala rimbun ni tau.. sebab nak bersiang ambik masa yang sangat lama.. beli seikat bayam mai masak alaaa 1 mangkuk jer.. heheheh.. penat nak kesahkan bayam tu.. dah la nak perasingkan batang dan daun la.. malasss.. kekeke tapi dek kerana nak naikkan HB ketika pregnant ni mama tak leh malas-malas.. mama mesti rajin kalo tidak HB jatuh bawah 11, dipersilakan lah mama melawat klinik 2 minggu sekali.. itu lagi mama malas wohhh.. Hmmm nak tak nak kena ikhtiar bagi naikkan HB cara makan bayam banyak2.. dah macam popeye ler pulok.. Dah jom tengok bahan-bahan yang simple jer ni.. 

Bahan-bahannya :-
* Bayam Hijau / Merah
* 3 ulas bawang putih
* 3 biji bawang merah
* 1 batang Cili hidup 
* 1 kiub pati ikan bilis
* Sedikit air

Cara-caranya :-

- Asingkan batang dan daun bayam, basuh sehingga bersih dan ketepikan

- Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga naik wangi. 

- Kemudian masukkan kiub pati ikan bilis dan masukkan air. Selepas itu, masukkan batang bayam dan cili hidup masak seketika. 

- Mama kalo masak guna kiub pati ikan bilis memang mama dah tak masukkan garam sebab dah rasa masin dari kiub itu sendiri. Akhir sekali, masukkan daun bayam dan gaul hingga rata. Siap...

Bayam Hijau / Merah Tumis Goreng.. Memang sedap makan tau.. 

Selamat Mencuba...


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook