Food Review

D'Saji Kajang Perdana Avenue | Pakej Perkahwinan Menarik

10:15 AM

Salam semua.. Bulan depan dah start cuti sekolah, kalo sebut jer cuti sekolah memang sinonim dengan orang akan buat kenduri kendara. Mesti ada orang sedang buat perancangan untuk majlis kahwin kan. Sesiapa yang hendak buat majlis perkahwinan mesti mengimpikan majlis perkahwinan yang meriah tapi dalam masa yang sama pening nak fikir dengan dewan, catering, lokasi, meja, kerusi dan pelamin. Jangan khuatir meh ni mama nak bagitau satu lokasi menarik untuk dijadikan majlis perkahwinan korang meriah dan tak perlu bersusah payah nak fikir semua perkara ni.

Pada Sabtu malam baru-baru ni, mama dapat jemputan dari wakil D'Saji Kajang Perdana Avenue untuk sama-sama merasai dan dapat melihat sendiri bagaimana D'Saji menjalankan tugas mereka menyempurnakan majlis perkahwinan pada malam tersebut. Oh sebelum itu mama pernah hadir majlis perasmian Kajang Perdana Avenue ni pada bulan Januari yang lalu. Kalau korang nak tengok masa majlis perasmian boleh tengok DISINI

Kajang Perdana Avenue

Untuk pengetahuan korang, Kajang Perdana Avenue mempunyai kapasiti sebanyak 600 orang pada satu masa. Ia terdiri daripada dewan berhawa dingin manakala dua ruang terbuka. So, korang tak payah risau InsyaAllah ruangan yang ada di Kajang Perdana Avenue akan memuatkan ramai jemputan. Semua meja dan kerusi dihias dengan riben kerusi, alas meja bulat serta set kutleri jamuan pada setiap meja.

Ruangan VVIP yang dilengkapi dengan penghawa dingin.

Yang bagusnya di sini, setiap keliling dewan VVIP ini dilengkapi dengan cermin kaca bagi memudahkan para tetamu dapat melihat pengantin dari ruang terbuka. 

Ruang terbuka di sebelah kanan dan kiri dewan VVIP

Suasana dalam dewan VVIP

Selain itu, di Kajang Perdana Avenue turut menyediakan pelamin asas yang diberi tanggungjawab kepada kontraktor yang telah dilantik oleh Felda D'Saji. Jadi bakal pengantin tak perlu rungsing atau kelam kabut hendak mencari penghias pelamin kerana D'saji telah menyediakan kesemuanya. Mudah bukan... Semua bawah satu bumbung tak perlu terkejar kesana kemari yer tak..

Pelamin cantik yang dihias oleh pihak D'Saji. Cantik sangat ni!!

Bertambah cantik pelamin dengan Raja sehari yang sama cantik sama padan.

 
Bukan itu saja, hidangan meja pengantin pun diuruskan oleh pihak D'Saji. Tuan rumah relax jer salam-salam dengan para tetamu.

Meja VVIP grand sangat ni.. wowww menarik

Meja biasa pun dah sangat cantik dan kemas. 

Ehh jangan tak tahu, D'Saji juga menyediakan kek perkahwinan tiga tingkat pada setiap majlis perkahwinan untuk upacara memotong kek. Apa lagi yang korang nak kesemuanya disediakan oleh mereka yang bertauliah. 

Tiga tingkat Dummy Cake. Best sangat ni... bagi mama kalau hias lagi banyak dekorasi atas kek mesti bertambah meriah.

Okey selesai bab-bab yang biasa kita dengar bukan. Meh sini kita tengok bab paling penting iaitu juadah makanan dan minuman. Di sini hidangan makanan dan minuman disediakan secara buffet atau dome. Bagi mendapatkan kepercayaan dan kepuasan dari setiap pelanggan, pihak D'Saji menyediakan sesi "Food Discussion" untuk 10 orang akan dijalankan sebelum majlis perkahwinan nanti. 

Kemas dan teratur buffet yang disajikan

Antara menu juadah pada malam tersebut antaranya ayam goreng berempah, daging masak lemak, ikan masak sweetsour, sayur goreng jawa, sambal belacan dengan ulam-ulaman serta nasi putih dan nasi minyak.

Turut juga disediakan dengan kek, kuih-muih serta buah-buahan.

HARGA PAKEJ YANG DITAWARKAN SEPERTI BERIKUT :

Antara pilihan menu juadah yang disediakan oleh pihak D'Saji. Pilihan ini semua boleh berbincang dengan pihak mereka ya.

Kemudahan-kemudahan lain yang terdapat di Kajang Perdana Avenue :-
  • Menyediakan "Public Address" (Sistem P.A) & Rostrum untuk kegunaan juruacara majlis perkahwinan bersama-sama lagu pengantin baru dimainkan melalui CD.
  • Menyediakan pramusaji D'Saji yang lengkap dengan beruniform agar dapat menguruskan dan memastikan kebersihan pada setiap meja. 
  • Mempunyai tempat letak kereta yang luas dan ianya percuma bagi para tetamu. 
  • Menyediakan Unit Keselamatan (RELA) disana agar memastikan keadaan lalu lintas berjalan dengan lancar
  • Mempunyai sebuah bilik persalinan yang selesa buat pengantin, juga dilengkapi surau untuk memudahkan para tetamu solat serta tandas yang bersih untuk kemudahan disini.
Waktu jamuan majlis perkahwinan terbahagi kepada 2 sessi seperti berikut :-

Jamuan Makan Tengahari 
11.30 pagi - 3.30 petang

Jamuan Makan Malam 
7.30 malam - 10.30 malam

Sangat meriah sekali majlis perkahwinan di Kajang Perdana Avenue di sini. Bagi mama harga sangatlah murah dan berpatutan dengan harga di kawasan Selangor. Mana nak dapat harga seperti yang mama attached diatas macam ni. Jadi, korang yang mana hendak buat majlis perkahwinan disini boleh contact detail dibawah ya. Mama jamin korang tak perlu pening kepala untuk menyediakan semua ini hanya sediakan kewangan sahaja untuk melancarkan majlis perkahwinan idaman anda!!

KAJANG PERDANA AVENUE
Lot PT 15788
Jalan Kajang Perdana 2/2
Taman Kajang Perdana
43000 Kajang
Selangor

Website : www.feldadsaji.com.my

Untuk sebarang pertanyaan, sebut harga dan tempahan sila hubungi :-

Nor Syaiful Nazlan Norsham - 013-386 0453
Nurul Nadia Abdul Ghafar - 019-295 6232
Jabatan Jualan Putrajaya - 03-8881 1311
Jabatan Jualan Kuala Lumpur - 03-2698 8302

Sebarang tempahan boleh buat appointment dan discussion dengan pihak D'Saji untuk sebut harga. Oppss lagi satu, harga-harga diatas tertakluk kepada terma & syarat serta tidak termasuk 6% GST.

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook