Food Review

Food Review : Aunty Tartlets Cafe | Bukan Sebarang Cafe Biasa

3:12 PM

Pada Sabtu baru-baru ni, mama diberi kesempatan untuk food review satu cafe yang terletak di Seremban 2. Dah agak lama mama tak datang Seremban ni.. Dah makin membangun sekarang dengan pelbagai kedai, supermarket dan perumahan. Ok mama tak nak citer pasal tu tapi mama nak citer pasal cafe yang mama pergi baru-baru ni. 

Aunty Tartlets Cafe yang terletak di Seremban 2, memang berdekatan dengan Mydin Mall.  Ini mama bagi landmark kira senang nak pergi nanti.. Mesti korang tertanya-tanya cafe ni jual Tart jer ker.. tidak sama sekali yer.. mama pun memula fikir macam tu tapi Aunty Tartlets Cafe menyediakan pelbagai makanan dari dessert, western food, malay food, kek dan lain-lain lagi ya.. 

Aunty Tartlets Cafe | its between me & your taste buds

Mesti korang dah tak sabar nak tengok apa yang menarik di sini kan.. ok korang leh layan gambar mama yang dah snap ni.. nanti mama akan recommended apa makanan yang special disini okey.. semua makanan disini memang selera tekak mama dan yang pasti harganya sangatlah berpatutan..

Antara dessert yang special disini.. macam-macam ada tau.. 

Yang lebih menarik kek disini dipaparkan untuk memudahkan para pelanggan memilih setiap kek, tart, sandwich. 

Cafe yang santai.. kalo datang makan + lepak + sembang disini memang terbaik lah.. 

Cookies & popcorn yang sedap harga setiap cookies RM2.50 jer dan cookies ni besar-besar uolls.. dan popcorn ni berharga RM16.00 sebotol. 

Ini jer ker.. haipp ada lagi korang kena baca dan lihat gambar sampai habis entri ni yer.. belum masuk bab makan-makan yang sedap lagi ni.. mama sendiri akan repeat makan kat sini sebab sedap sangat lah.. Untuk pengetahuan korang, disini juga boleh menempah kek, brownies, tart, cream puff & pavlova disini. Setiap untuk buat penempahan boleh booking seawal 3 hari yer.. 

Pelbagai dessert di Aunty Tartlets Cafe. 

Pelbagai jenis tarts perisa seperti blueberry, strawberry, kiwi, mango & orange filling. Manakala cream puff, eclairs, pavlova, fruit tartlet, chocolate cheese terdapat di sini.

Harga :
 Setiap biji : RM1.20 
Per box 25 biji : RM30.00

Selain dessert yang menarik tertarik tu.. Hahh pasta ni really recommended sangat tau.. Pasta baked & Baked Macaroni dengan harga RM10.00 sebekas.. Bagi mama Baked macaroni & pasta ni sangat sedap dan tak rasa kering pasta & macaroni tu. Yang tertarik dengan baked pasta & macaroni ni memang rasa rempah yang tak kuat & cheese yang terdapat di dalam baked macaroni & pasta tersebut.

Disini juga menawarkan hidangan lain seperti Spaghetti Aglio Olio, Spaghetti Cabonara, Kuey Teow Goreng, Cantonnese Kuey Teow & Chicken Wrap. Setiap hidangan harga dari RM6.00 - RM12.00 sahaja. 

Korang kena datang dan rasa memang lain dari yang lain.. 

Spaghetti Aglio Olio ni terbaik tau.. Sangat recommended!!! RM12.00 sahaja

Ini pula Spaghetti Cabonara yang sangat creamy & yummy!!.. Sumpah sedap!! RM10.00 sahaja

Ada lagi tau makanan best2.. kalo korang tak nak makan yang berat-berat macam ni, kat sini juga menyediakan roti bun seperti sausage bun, mexicanbun, chezzy bun, mini pizza dan donat.. Hahh tak caya tengok kat bawah ni...

Korang nampak apa mama nampak.. fuhh fuhh sedap tau.. memang boleh kenyang jer makan semua ni.. Harga semua ni dari RM2.00 - RM5.00

Setiap pagi di Aunty Tartlets Cafe juga menawarkan COMBO CHARITY untuk sarapan pagi. The best part is Nasi Lemak + Air Teh O dengan harga RM1.50.. Mana nak jumpa harga menarik macam ni.. Ohoiii murah sangat nih!!! So, korang yang mana berdekatan di Seremban 2, bagi yang nak jimat duit dengan sarapan pagi boleh sangat terjah Aunty Tartlets Cafe ni yer.. 
Credit thank to @kitepunye

Antara blogger yang memeriahkan majlis food review di Aunty Tartlets Cafe.. Memang fun habis la dengan korang semua...
Credit thank to UncleZuan

Ok bagi yang penduduk di area Seremban atau kalo-kalo tersesat ke Seremban, boleh lah datang terjah Aunty Tartlets Cafe ni yer.. Memang berbaloi-baloi untuk menikmati pelbagai makanan yang sedap-sedap di cafe ni. Senang jer korang taip Aunty Tartlets Cafe di waze dan InsyaAllah korang akan sampai disini.. Cafe ni memang berdekatan dengan Mydin Mall Seremban 2 dan Mc Donalds Drive Thru di sebelah kiri.  Mama tak nak cakap banyak yang pasti korang datang dan cuba makanan disini lah!!! Apa tunggu lagi cepat2 terjah dan jangan lupa #AuntyTartletsCafe

Aunty Tartlets Cafe

173, Jalan S2 B22
Pusat Dagangan Seremban 2
70300 Seremban
Negeri Sembilan

Tel : 06-601 1515
Facebook : Aunty Tartlets
Instagram : Aunty_Tartlets

Waktu Operasi :
Selasa - Ahad (Tutup setiap Isnin)
9 pagi - 7 malam


Love,
/>

You Might Also Like

8 Comments

  1. singgah petang isnin ♥
    sedap² nyer...

    ReplyDelete
  2. Sally suka cheese tart dia...tart dia tu tak tebal dan rangup! rasa macam nak g sana lagi je lain kali

    ReplyDelete
  3. nmpak sedap.. sebab peminat cheese.. hehe
    tapi jauh la pulak.. seremban.. huhu

    ReplyDelete
  4. memang sedap sangat semua Menu dekat sini...

    ReplyDelete
  5. In the list ni bile pegi Seremban. Murah :) Nampk sedapppp

    ReplyDelete

Like us on Facebook